Utusan Borneo (Sarawak)

Penyatuan UPP, SUPP dibincang

Ia kini di peringkat perbincang­an pemimpin tertinggi dua parti

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Proses penyatuan Parti Rakyat Bersatu (UPP) dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) masih dijalankan dan kini di peringkat perbincang­an pemimpin tertinggi dua parti berkenaan.

Perkara itu didedahkan Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penangguha­n Kejohanan Catur Untuk Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabang­sa Lions Malaysia bagi Zon Malaysia Timur di Vivacity Megamall di sini semalam.

Menteri Kewangan Kedua itu berkata pihaknya sedang dalam proses ke arah tersebut dan perbincang­an di peringkat pemimpin tertinggi parti sentiasa dijalankan secara berterusan.

Malah tegasnya, UPP turut menyerahka­n kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menentukan keputusan berhubung perkara itu.

“Saranan untuk bersatu semula (dengan SUPP), kita serah kepada ketua menteri, proses rundingan tentang perkara ini dijalankan secara berterusan.

“Tidak ada sasaran masa ditetapkan, kita dalam proses dan berharap ia (membuahkan hasil) positif,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang berkata, penganjura­n kejohanan itu dapat memberi peluang kepada golongan istimewa menunjukka­n kebolehan mereka dalam bermain catur.

“Saya bangga dijemput merasmikan kejohanan yang julung kali diadakan ini, terdapat mereka dilahirkan tidak sempurna dan inilah platform untuk mereka mencungkil dan mengasah bakat yang mereka ada,” tambahnya.

Kejohanan yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran Region 1 Lions Club District 308-A2 dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri Sarawak, Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Ma- laysia dan Persatuan Catur Para Sarawak melibatkan 27 peserta dari Sarawak dan Sabah.

Hadir sama pengerusi penganjur Kapitan Chong Nam Fah, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Sarawak Mathew Chin dan tetamu kehormat lain.

Dalam kejohanan itu menyaksika­n peserta tunggal dari Sabah, Ardian Syah Muming dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pemain Sarawak, Termizi Yusuf pada aksi final kejohanan tersebut.

Manakala tempat ketiga pula dimenangi Ata Nyuga dan majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Wong.

Saranan untuk bersatu semula (dengan SUPP), kita serah kepada ketua menteri, proses rundingan tentang perkara ini berterusan. ” dijalankan secara

Dato Sri Wong Soon Koh Presiden UPP

 ??  ??
 ??  ?? CUNGKIL BAKAT: Wong melihat aksi peserta bermain catur.
CUNGKIL BAKAT: Wong melihat aksi peserta bermain catur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia