Utusan Borneo (Sarawak)

‘A Wrinkle in Time’ filem gadis yang harus ditonton oleh golongan lelaki

- Oleh Frankie Taggart

‘Black Panther’ menunjukka­n kaum wanita dapat mendominas­i filem aksi yang amat lumayan, maka ‘A Wrinkle in Time’ membawa pengajaran itu lebih jauh – menunjukka­n kepada kaum lelaki bagaimana untuk menjadi pengikut yang baik budi.

Fantasi sains fiksyen itu mahu menggantik­an tempat filem yang juga terbitan Disney itu di tempat teratas ‘box office’ apabila ia muncul di pawagam Amerika Syarikat (AS) pada 9 Mac, dengan protagonis wanitanya yang muda memimpin dua budak lelaki dalam kembara tersebut.

“Ia adalah bagus bagi seorang budak, malah pemuda, untuk melihat bahawa ia adalah OK untuk memiliki sisi diri yang sensitif,” kata Zach Galifianak­is, seorang daripada beberapa pelakon lelaki berkulit putih dalam filem itu, di satu sidang akhbar di Hollywood baru-baru ini.

“Saya datang dari asuhan yang sangat maskulin, ramai orang begitu, dan saya amat suka dengan cara saya dibesarkan. Tetapi mengimbas balik, kita memerlukan keseimbang­an.”

Dengan menonjolka­n keseimbang­an itu, filem Ava DuVernay merupakan yang pertama dalam sejarah untuk mengamanah­kan bajet melebihi AS$100 juta (RM370 juta) kepada seorang pengarah wanita berbangsa Afrika-Amerika.

Galifianak­is, yang menjadi emosional, memberitah­u pemberita bahawa dia rasa “amat bangga” untuk menjadi sebahagian daripada projek itu di sebelah ramai pelakon bukan berkulit putih, kebanyakan­nya wanita, termasuk Oprah Winfrey, Mindy Kaling, Storm Reid dan Gugu Mbatha-Raw.

Kebanyakan mesej filem itu mengenai jantina datang dalam bentuk Calvin, rakan sekelas dan teman kembara Meg, seorang budak remaja yang senang sekali mengikuti, dan secara semula jadi mempercaya­i, seorang gadis muda.

Watak itu dilakonkan oleh Levi Miller dari Australia yang, pada usia muda 15 tahun, mencabar budaya “kemaskulin­an toksik” yang menurutnya “berleluasa dalam masyarakat”, dalam salah satu momen yang lebih di luar alam nyata di sidang akhbar itu.

- Klasik yang abadi -

Berdasarka­n klasik abadi tulisan Madeleine L’Engle pada 1962 dengan nama yang sama, “Wrinkle” membawa audiens merentasi dimensi masa dan ruang, untuk meneliti sifat kegelapan lawan cahaya dan kuasa penebusan kasih sayang.

Menerusi perjalanan transforma­tif seorang gadis yang diketuai tiga pemandu yang melompat dari planet ke planet, filem itu menganjurk­an bahawa kekuatan datang apabila kita menerima keindividu­an kita dan cara terbaik untuk menang ke atas ketakutan adalah untuk mengembara “menggunaka­n cahaya kita sendiri”.

DuVernay, yang baharu selesai membuat projek berat seperti drama hak sivil “Selma” dan ‘expose’ penjara “13th”, mengarah daripada lakon layar oleh Jennifer Lee, seorang daripada beberapa wanita di Hollywood dengan pencapaian dalam pembikinan filem yang mengatasi pencapaian­nya sendiri.

Lee, yang memenangi Anugerah Akademi untuk ‘Frozen’, merupakan pengarah wanita pertama bagi sebuah filem cereka animasi Disney dan wanita pertama untuk mengemudi sebuah filem cereka yang mengaut lebih AS$1 bilion (RM3.7 bilion) di box office.

“Terdapat kasih sayang dalam setiap bingkai filem ini. Terdapat kasih sayang dalam setiap bingkai bagi segalanya yang saya buat. Saya tidak ada anak dan saya tidak akan ada anak, itu adalah pilihan saya,” kata DuVernay.

“Filem-filem ini adalah anak-anak saya, ia ada nama saya di dalamnya, darah saya di dalamnya.”

DuVernay memilih Reid, 14, daripada ribuan calon untuk membawa watak Meg Murry, anak perempuan dua pakar fizik terkenal di dunia yang bergelut dengan imej diri dan hanya mahu menyesuaik­an diri di sekolah menengahny­a di Los Angeles.

Kehilangan bapanya yang penuh misteri empat tahun sebelum itu telah menghancur­kan hati Meg dan ibunya (Gugu MbathaRaw) yang patah hati.

Adik lelakinya yang luar biasa pintar Charles Wallace (Deric McCabe) memperkena­lkan Meg dan Calvin kepada tiga makhluk ajaib – Mrs Which, Mrs Whatsit dan Mrs Who – yang telah turun ke Bumi untuk membantu dalam usaha mencari Mr Murry.

- ‘Kami mencari pahlawan’ -

Mengembara menerusi gelung masa dan ruang yang dikenali sebagai ‘tessering’, mereka dibawa ke dunia di luar imaginasi mereka di mana mereka mesti bersemuka dengan kuasa jahat yang sangat kuat.

‘A Wrinkle in Time’, sebuah projek asal yang unik dalam perancanga­n Disney yang memaparkan kebanyakan­nya filem pembikinan semula dan sekuel dalam tempoh empat tahun akan datang, dibintangi Winfrey, Kaling dan Reese Witherspoo­n sebagai trio dari kayangan.

Kaling, yang menulis, menerbit dan membintang­i sit-kom ‘The Mindy Project’, amat menyukai sains fiksyen ketika dia membesar, tetapi berkata ia adalah genre “yang pada amnya tidak menyayangi saya balik”.

“Saya tidak pernah melihat gambaran bagi seorang wanita India yang berkulit gelap, gadis India, dalam apa jua yang saya lihat dan ia adalah perkara yang agak aneh apabila kita membesar dengan menyayangi sesuatu yang tidak menyayangi kita balik,” katanya. “Ia adalah kasih sayang yang tulen, kerana kita tidak mendapatka­n apa-apa daripadany­a. Untuk menjadi sebahagian daripada filem ini adalah begitu menyeronok­kan kerana saya akhirnya rasa dialu-alukan dengan tangan terbuka dalam sesuatu yang tidak mempedulik­an saya sama sekali.”

Winfrey dalam banyak segi adalah wanita pada saat ini, selepas ucapan yang membangkit­kan semangat di Anugerah Golden Globes untuk menentang salah laku seksual yang membawa kepada kempen media sosial yang tular untuk menyeru kepadanya untuk bertanding bagi jawatan presiden pada 2020.

Ratu TV waktu siang itu, yang menafikan cita-cita untuk memegang jawatan itu beberapa kali, ditanya sama ada ruang ada atau tidak bagi harapan di Amerika yang terkialkia­l ekoran serangan tembakan beramai-ramai dan dipecah-belahkan oleh politik.

“Ia hanya memerlukan sedikit cahaya, hanya sedikit cahaya sahaja, itulah apa yang kita harapkan,” katanya.

“Jika semua orang dapat menerima mesej itu, begitulah caranya kita menaruh harapan di dunia. Kita sedang mencari pahlawan yang dapat membawa balik harapan.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? STORM REID
STORM REID
 ??  ?? PENGARAH AVA DUVERNAY
PENGARAH AVA DUVERNAY
 ??  ?? WATAK UTAMA: (Dari kiri) Mindy Kaling, Oprah Winfrey dan Reese Witherspoo­n.
WATAK UTAMA: (Dari kiri) Mindy Kaling, Oprah Winfrey dan Reese Witherspoo­n.
 ??  ?? GUGU MBATHA-RAW & CHRIS PINE
GUGU MBATHA-RAW & CHRIS PINE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia