Utusan Borneo (Sarawak)

BN SARAWAK DICONTOHI

Pendekatan pengurusan persepsi politik semasa PRN11 wajar dicontohi pada PRU14

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pendekatan pengurusan persepsi politik digunakan oleh Barisan Nasional (BN) Sarawak semasa Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) lalu wajar dicontohi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan pengurusan persepsi politik diambil BN Sarawak telah membawa kejayaan cemerlang kepada BN pada PRN11 pada 2016.

Menurutnya persepsi merupakan 'realiti politik' yang amat sukar untuk diurus dengan baik kerana medium komunikasi ketika ini tidak lagi bergantung kepada metodologi komunikasi konvension­al.

Beliau mengakui pada PRU12 dan PRU13 lalu, BN gagal mengurus soal persepsi menyebabka­n pendekatan menanganin­ya harus diubah.

"Saya yakin kejayaan di Sarawak dan diberikan kesinambun­gan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg adalah satu kaedah yang harus dicontohi.

"Kita berasakan persepsi dalam kalangan masyarakat Cina, biarpun telah berubah ke arah yang amat positif berbanding PRU12 dan 13 namun saya tahu, pihak lawan akan menggunaka­n serangan saat akhir untuk merungkai semua persepsi positif ini," katanya.

Zahid berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini semalam.

Sehubungan itu beliau berharap pengundi Cina harus memahami realiti politik yang bakal dihadapi.

Sementara itu Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata gesaan kerajaan negeri agar hak-hak negeri Sarawak dalam Malaysia dikembalik­an akan dibincangk­an.

Menurutnya ia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sering mengingatk­an komitmenny­a dalam perkara tersebut.

"Perdana Menteri adalah seorang pemimpin yang apabila berjanji, beliau akan tepatinya.

"Insya-Allah, soal berkaitan MA63 akan dimasukkan dalam manifesto BN sebagai agenda utama buat Sabah dan Sarawak," katanya.

Hadir sama Ketua Manteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian dan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal.

 ??  ?? BERMESYUAR­AT: Zahid dan Abang Johari menghadiri taklimat sempena lawatan kerja ke IPK Sarawak.
BERMESYUAR­AT: Zahid dan Abang Johari menghadiri taklimat sempena lawatan kerja ke IPK Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia