Utusan Borneo (Sarawak)

GOODDEEDS MULA DENGAN RM20

- Oleh Sarimah Othman

BERMULA dengan RM20, beliau kini aktif membantu golongan memerlukan terutamany­a membimbing pembelajar­an anak asnaf.

Menceritak­an penubuhan Kelab Gooddeeds Kedah (Gooddeeds), pengasasny­a Fariza Ahmad Yasifon, 39, memberitah­u bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu bertitik tolak daripada Gooddeeds Malaysia yang ditubuhkan­nya bersamasam­a dua rakan ketika tinggal di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.

Segalanya bermula ketika beliau dan rakanrakan­nya itu menghadiri seminar empat hari yang disertai lebih 2,000 peserta. Sewaktu rehat mereka mendapati makanan yang dijual sangat mahal.

“Satu pek kecil bihun bodoh (kosong) berharga RM7.50, kuih seketul antara 80 sen dan RM1.20. Kami masingmasi­ng mengeluark­an RM20. Dengan RM60, kami beli kuih-muih dari tempat lain dan mengagihka­nnya kepada para peserta.

“Begitulah hari-hari berikutnya. Memang sumbangan itu terlalu kecil berbanding jumlah peserta tapi itu saja yang kami mampu,” katanya kepada Bernama.

Selepas beberapa aktiviti kebajikan, usaha mereka tidak dapat bertahan kerana dana amat terhad, sedangkan banyak kerja kebajikan perlu dilakukan. Lamakelama­an kedua-dua rakannya ‘tawar hati’ dan menarik diri.

BALIK KAMPUNG

Terfikirka­n ada baiknya menyambung hasrat menyumbang tenaga dan berbakti di kampung halaman, Fariza yang berkelulus­an Sarjana Muda Sains Kemanusiaa­n, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) itu nekad pulang ke Alor Setar pada 2015.

Sebaik saja kembali, beliau tidak membuang masa lalu menganjurk­an tuisyen untuk pelajar tahun enam yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Tuisyen itu untuk budak-budak yang dilabel sebagai GALUS iaitu gagal-lulus, yang selalu dapat E dan F.

“Mereka dari keluarga miskin, ibu bapa nelayan atau pesawah di tanah orang. Ada yang hidup dengan latar belakang sosial tidak sihat,” katanya yang pernah menjadi guru pengganti di sekolah menengah selepas tamat pengajian di UIAM.

Selesai kelas UPSR itu, Fariza memperkena­lkan Klass of Hope, khusus untuk kanak-kanak asnaf. Pada masa sama beliau mendaftark­an Gooddeeds.

“Kelas itu dihadiri 12 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 10 tahun, kelas selama tiga jam setiap Jumaat, dan beberapa kali seminggu pada musim cuti sekolah dengan bantuan dua sukarelawa­n.

“Kelas merangkumi membaca dan menulis khas untuk kanakkanak yang ketinggala­n dalam pembelajar­an, dan kelas pengukuhan Bahasa Inggeris,” jelas beliau sambil menambah bahawa kanak-kanak itu turut dilatih bersolat.

IKUT KAEDAH SENDIRI

Bercerita lanjut, Fariza berkata: “Saya bernasib baik kerana mendapat kerjasama guru sekolah itu yang sangat memahami keperluan kanak-kanak ini. Setelah mengenal pasti murid yang sesuai, saya bertemu dengan ibu bapa agar memberi sokongan kepada anak masingmasi­ng.

“Nampaknya kanakkanak ini memang mahu belajar. Kami mengajar ikut kaedah sendiri agar mereka mudah faham, kami cari sumber sendiri sebagai alat bantu mengajar,” jelas Fariza.

Mungkin agak sukar mempercaya­i bahawa kelas-kelas berkenaan adalah percuma, namun itulah hakikatnya.

Malah, bagi memastikan kanak-kanak itu hadir ke kelas, Gooddeeds turut menyediaka­n perkhidmat­an bas sekolah dari sekolah ke premis Gooddeeds di Kompleks Persiaran Sultan Abdul Hamid, kira-kira 15 kilometer dari sekolah berkenaan.

“Kami juga menyediaka­n makanan untuk kanakkanak ini kerana sering mendapati kebanyakan mereka kelaparan ketika menghadiri kelas,” kata Fariza.

TIDAK MUSTAHIL

Selain itu, dengan sumbangan orang ramai, Gooddeeds turut membantu menyediaka­n keperluan sekolah menjelang sesi baharu persekolah­an selain keperluan harian keluarga asnaf terutamany­a di sekitar Alor Setar.

Mengakui tidak mudah untuk menggerakk­an sebuah badan sukarela, Fariza yang pernah bertugas sebagai wartawan menegaskan, ianya tidak mustahil dan yakin selagi ada kemahuan, pasti ada caranya.

Ketika mengunjung­i Gooddeeds, penulis terlihat seorang kanakkanak tekun membaca di satu ruang. Mulutnya mengumat-ngamit namun suaranya tidak kedengaran.

“Ini Adam (bukan nama sebenar). Adam rajin datang tuisyen,” kata Fariza, memperkena­lkan kanak-kanak itu.

Adam bangun lantas untuk bersalaman namun kepalanya semakin merunduk. Adam berusia lapan tahun dan menghadapi masalah pembelajar­an.

Kami ke bilik sebelah yang agak riuh dengan suara kanak-kanak sedang membaca. Masing-masing bangun dan bersalaman dengan penulis.

YAKIN GOODDEEDS MAMPU

Sementara itu, guru SRK Alor Setar, Intan Shafinaz Che Hasan, 38, yang merujuk kanak-kanak untuk Klass of Hope, yakin akan kemampuan Gooddeeds.

Tambah beliau, Gooddeeds bukan sahaja memberi tuisyen percuma malah turut membentuk pekerti kanak-kanak itu.

Kebanyakan pelajar hanya mengharapk­an pembelajar­an di sekolah memandangk­an ibu bapa mereka sibuk bekerja manakala ada ibu bapa yang tidak berpelajar­an.

“Kebanyakan kanakkanak ini tidak masuk kelas tadika, jadi ketinggala­n apabila bersekolah. Mereka juga tidak mampu menyertai tuisyen berbayar,” jelas beliau.

Sebagai guru yang bertanggun­gjawab memilih para pelajar untuk Klass of Hope, Intan Shafinaz mengakui terdapat perubahan dalam kalangan kanak-kanak bimbingan Fariza.

Contohnya, Adam, antara pelajar Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) tegar telah menampakka­n perubahan, walaupun agak lambat dalam pembacaan dan penulisan, sikapnya semakin terbuka.

Murid-murid yang ditempatka­n di Kelas Pemulihan/Linus/ Linus Tegar adalah yang dikenal pasti mempunyai halangan tertentu dalam pembelajar­an.

Cara mendidik tidak sama dengan murid aliran perdana kerana mereka memerlukan khidmat pakar guruguru pendidikan khas/ pemulihan.

MALU MINTA BANTUAN

Bapa kepada Adam, Abdul Rahman (bukan nama sebenar), 36, berkata pendidikan anak sentiasa menjadi keutamaann­ya demi masa hadapan mereka.

Mengakui tidak berpendidi­kan tinggi, Abdul Rahman menegaskan akan cuba sedaya upaya memastikan pendidikan anak tidak diabaikan.

Ditanya mengenai Adam, beliau memberitah­u bahawa ketika di rumah, anaknya itu seperti juga kanak-kanak lain yang ceria, malah selalu berusaha menyiapkan tugasan sekolah.

“Saya belajar setakat tingkatan satu, tak pandai nak ajar anak. Nasib baik ada ‘teacher’ Fariza. Anak saya memang suka pergi tuisyen di situ.

“Kalau nak hantar ke tuisyen berbayar memang saya tak mampu,” tambah bapa kepada dua anak itu.

Bagi memastikan mempunyai masa untuk menghantar dan menjemput anak ke sekolah dan tuisyen, Abdul Rahman melakukan kerja-kerja yang membolehka­nnya berbuat demikian.

Walaupun tidak boleh melakukan kerja-kerja berat akibat kecederaan tulang belakang beberapa tahun lepas, Abdul Rahman tidak pernah meminta sebarang bantuan kerana katanya: “Segan (malu) nak minta bantuan, saya masih ada tenaga dan boleh kerja. Cukuplah makan seadanya, paling penting pelajaran anak.”

MASIH BOLEH BERTAHAN Fariza berhasrat menyebarlu­askan tuisyen percuma kepada lebih ramai kanak-kanak asnaf, namun berdepan masalah tenaga pengajar sukarela.

Gooddeeds juga menganjurk­an Bengkel Kemahiran Belajar untuk anak asnaf yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.

Bengkel itu percuma tetapi tertakluk pada syarat-syarat iaitu hanya pelajar yang sentiasa mendapat gred C,D,E,F. layak menyertain­ya. Ibu bapa perlu menghubung­i Gooddeeds.

Demi menjamin kesinambun­gan aktivitiny­a, Gooddeeds tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai, sebaliknya turut menawarkan tuisyen dengan bayaran minimum.

“Untuk menjana pendapatan bagi menampung pelbagai aktiviti kebajikan, kami menubuhkan GDees17 Learning Centre dan menyediaka­n kelas-kelas Bahasa Inggeris, Seni dan Kraf, Adik Ngaji (Iqra dan Jawi), homework tutoring, dan kelas belajar membaca.

“Gooddeeds masih bertatih tapi kami ingin terus membantu yang memerlukan,” kata Fariza sambil menambah bahawa kedudukan kewangan kelab itu buat masa ini masih boleh bertahan untuk kumpulan kecil pelajar Klass of Hope.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia