Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Polis Sarawak dapat peruntukan besar

Polis di negeri ini perlu lakukan pergerakan udara, air, darat, kos lebih besar berbanding negeri lain

- Oleh Patricia Gari

KUCHING:Polis Sarawak akan mendapat peruntukan lebih besar untuk menjalanka­n penugasan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana semasa PRU nanti polis Sarawak perlu melakukan pergerakan udara, air dan darat yang menelan belanja lebih besar berbanding negeri lain terutama di kawasan pedalaman yang masih menggunaka­n jalan balak.

“Saya beri jaminan kepada pesuruhjay­a polis Sarawak, bahawa perkara ini memang menjadi tanggungja­wab Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman.

“Saya akan arahkan supaya peruntukan secukupnya dibekalkan (kepada polis Sarawak,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini semalam.

Terdahulu beliau bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg melakukan pemeriksaa­n barisan disertai dua pegawai kanan dan 99 anggota lain-lain pangkat di Dataran Kawad IPK Sarawak.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau berpuas hati dengan kesiapsiag­aan polis Sarawak menghadapi PRU akan datang.

Sementara itu beliau ber- kata adalah menjadi amalan biasa atau prosedur operasi standard (SOP) bagi pegawai polis dan anggota melakukan pengisytih­aran harta.

Malah katanya, ketua polis negara melakukan pengisytih­aran harta kepada beliau selaku menteri dalam negeri, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan perdana menteri.

“Ini adalah SOP biasa. Jadi kes Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin, perkara ini telah timbul sejak 2016, sebagaim- ana dijelaskan oleh ketua polis negara dalam kenyataann­ya semalam, telah menyebut mengenai sumber sebenar pembiayaan pengajian dua anaknya di Australia dengan penjualan rumah.

“Cuma undang-undang di Australia menetapkan jika ada transaksi melebihi 10,000 Aussie Dollar, ia harus mendapatka­n kebenaran khusus. Jadi mungkin Wan Ahmad agak naif mengenai sistem perundanga­n di negara itu.

“Dia (Wan Ahmad) te- lah menjelaska­n mengenai perkara itu kepada pihak berkuasa dan juga secara peribadi kepada saya sendiri. Kita terima penjelasan­nya dengan niat yang amat baik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai satu artikel disiarkan dalam akhbar asing baru-baru ini melaporkan polis Australia merampas sejumlah AUD$ 320,000 (RM971,728) dalam akaun bank milik Pengarah Jaba- tan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd kerana disyaki hasil daripada pengubahan wang haram.

Hadir sama pada sidang media itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian dan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal.

Saya beri jaminan kepada pesuruhjay­a polis Sarawak, bahawa perkara ini memang menjadi tanggungja­wab Ibu Pejabat Polis di Aman.” Bukit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? APA KHABAR?: Zahid bersalaman dengan pegawai-pegawai kanan polis setibanya beliau di Dataran Kawad IPK Sarawak. Turut kelihatan Abang Johari (dua kanan) dan Amer (kanan).
APA KHABAR?: Zahid bersalaman dengan pegawai-pegawai kanan polis setibanya beliau di Dataran Kawad IPK Sarawak. Turut kelihatan Abang Johari (dua kanan) dan Amer (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia