Utusan Borneo (Sarawak)

SMK DALAT CATAT REKOD MBOR SEMPENA ULANG TAHUN KE-40

-

SEJAK 1977, sudah 40 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat beroperasi dan warga SMK Dalat mahu menyambut ulang tahun ke-40 tahun ini dengan suatu kelainan.

Kain rentang peta minda terpanjang di Malaysia, begitulah impian warga SMK Dalat dan penduduk sekitarnya untuk dicatatkan sebagai rekod sempena ulang tahun sekolah itu.

Pada 4 Mac 2018, setelah sekitar tiga bulan memulakan projek kain pemidang peta minda maka tercapaila­h impian sekurang-kurangnya 966 warga SMK Dalat terdiri daripada para pelajar, guru serta kakitangan sokongan sekolah tersebut.

Diakui bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana bukan sahaja mengorbank­an masa, tenaga serta wang ringgit, namun hakikatnya kepuasan terpancar di wajah apabila usaha menghasilk­an kain pemidang peta minda terpanjang di Malaysia dicatat secara rasminya dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) pada hari bersejarah itu.

Merangkumi 25 mata pelajaran, sebanyak 577 peta minda terkandung dalam kain pemidang sepanjang 2,153.2 meter itu.

Ia turut ditulis dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan juga Iban.

Untuk menyiapkan projek, sebanyak 42 gulung kain digunakan manakala sebanyak 80 botol cat digunakan semata-mata untuk mencapai rekod Malaysia itu.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menggambar­kan impian sama ingin dikecapi oleh warga SMK Dalat.

“Ini adalah impian semua orang, akhirnya tercapai dengan lancar kerana semangat kerjasama erat antara satu sama lain,” katanya pada majlis khas itu.

Beliau turut mengatakan bahawa projek itu tidak dapat dilaksanak­an tanpa komitmen jitu warga SMK Dalat itu sendiri dan masyarakat sekeliling yang tidak putus-putus memberikan sokongan moral.

“SMK Dalat sekolah yang biasa-biasa sahaja, tetapi kini dapat mencapai impian luar biasa dan ini sebenarnya adalah ses- uatu yang tidak mustahil,” jelasnya.

Oleh itu, Fatimah memberi contoh terbaik projek itu dapat dicapai oleh SMK Dalat dengan kesungguha­n jitu.

Beliau mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua penaja yang menyumbang demi menjayakan rekod tersebut.

Selain program itu, turut diadakan Hari Kerjaya dan Dalat Fun Run 2018.

Beberapa bekas pengetua sekolah itu turut dijemput hadir pada majlis bersejarah itu.

Turut hadir Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh, Pegawai Pendidikan Daerah Dalat Ahli Chickba, Pengetua SMK Dalat Magdaline Jon, Ketua Masyarakat Mukah Temenggung Hendi Suhai dan Timbalan Pengurus Besar MBOR, Alexander Edward.

 ??  ??
 ??  ?? CATAT SEJARAH: Warga SMK Dalat tidak mungkin melupakan catatan sejarah pada 4 Mac 2018.
CATAT SEJARAH: Warga SMK Dalat tidak mungkin melupakan catatan sejarah pada 4 Mac 2018.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BANGGA: Fatimah meneliti sijil rasmi rekod MBOR sejurus rekod disahkan.
BANGGA: Fatimah meneliti sijil rasmi rekod MBOR sejurus rekod disahkan.
 ??  ?? RASMI: Fatimah (tengah) memegang sijil rekod rasmi kepanjanga­n peta minda oleh MBOR.
RASMI: Fatimah (tengah) memegang sijil rekod rasmi kepanjanga­n peta minda oleh MBOR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia