Utusan Borneo (Sarawak)

PERLU MENANG MENENTANG KENINGAU

Skuad Miri FA kini berada selangkah untuk layak ke peringkat suku akhir LBR 2017-2018

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Skuad Miri FA kini berada selangkah untuk layak ke suku akhir mengiringi Tawau FA pada kempen Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017-2018 Kebangsaan.

Bagaimanap­un, Ketua Jurulatih Miri FA, Mohamad Hakimi Man berkata pasukannya perlu menang dalam perlawanan terakhir menentang Keningau, Sabtu ini.

“Kita mendahului Kuching hanya dengan satu mata dalam Kumpulan D, justeru kita perlu menang di Keningau untuk layak ke suku akhir,” katanya di sini semalam.

Hakimi berkata, pasukan finalis tahun lalu itu sudah pasti tidak akan membiarkan Miri FA meraih tiga mata penuh bermain di tempat lawan. n.

“Kita akan kan b e r u s a h a keras untuk meraih tiga mata penuh Sabtu i ni dan memperbaik­i pelbagai kele- mahan dan n menutup segala gala ruang yang ada,” je jelasnya. M e n g u - las mengenai perlaw perlawanan me- nentang Kuching Gedong Gators Sabtu lalu, Hakimi berkata kemenangan tipis itu cukup untuk membuka peluang Miri FA.

“Keputusan 1- 0 sudah cukup untuk kita dan ia amat penting untuk Miri FA kembali bernafas seterusnya menghidupk­an peluang ke suku akhir,” katanya.

Kuching Gedong Gators

Kita mendahului Kuching hanya dengan satu mata dalam Kumpulan D, justeru kita perlu menang di Keningau untuk layak ke suku akhir. Mohamad Hakimi Man Ketua Jurulatih Miri FA

yang dibarisi pemain muda dengan corak permainan terbuka sedikit sebanyak mengoyahka­n barisan pertahanan pasukan Miri FA.

“Kita terpaksa mengenepik­an corak permainan cantik dan berseni yang menjadi ‘trade mark’ pasukan Miri FA sebaliknya memilih disiplin permainan bertahan,” jelasnya.

Selain Miri FA, Kuching Gedong Gators akan berdepan Tawau yang sudahpun layak ke peringkat suku akhir Sabtu ini.

Miri FA ketika ini giat menjalani latihan menjelang perlawanan terakhir menentang Keningau di Kompleks Sukan Keningau Sabtu ini. KUALA LUMPUR: Pasangan beregu wanita junior kebangsaan, Pearly Tan Koong LeToh Ee Wei meraih gelaran antarabang­sa musim ini dengan memenangi Kejohanan Badminton Grand Pric Junior Belanda di Haarlem, Belanda pada Ahad (awal pagi Isnin waktu Malaysia).

Pasangan pilihan ketiga itu menjadi tumpuan apabila menewaskan pasangan pilihan utama, Liu Xuanxuan- Xia Yuting dari China, memenangi straight set; 21-19 dan 21-19 pada perlawanan akhir yang berlangsun­g di Badminton Hall Duinwijck, menurut laman web Persatuan Badminton Dunia (BWF); www. bwfbadmint­on.com.

Terdahulu, pasangan itu mengalahka­n pasangan China lain, pilihan ketujuh Chen YingyingZh­ang Shuxian; 21- 13 dan 21-12 pada pusingan separuh akhir.

Sebanyak 328 pemain dari 36 negara mengambil bahagian dalam pertanding­an empat hari tersebut yang bermula Rabu lepas. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERSEDIA: Skuad Miri FA perlu menang menentang Keningau di Kompleks Sukan Keningau, Sabtu ini untuk mara ke suku akhir.
BERSEDIA: Skuad Miri FA perlu menang menentang Keningau di Kompleks Sukan Keningau, Sabtu ini untuk mara ke suku akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia