Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha berterusan banteras perjudian membuahkan hasil

Polis menahan 54 individu disyaki terlibat aktiviti haram itu dalam 47 serbuan sepanjang minggu lalu: Dev

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Usaha berterusan polis Sarawak membantera­s kegiatan perjudian di negeri ini membuahkan hasil apabila berjaya menahan seramai 54 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti haram itu dalam 47 serbuan yang dijalankan sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dalam kenyataann­ya semalam berkata operasi mingguan itu dilaksanak­an dari 26 Februari hingga 4 Mac lalu yang melibatkan judi siber dan penjualan loteri haram (4D).

Mengulas lanjut, Dev berkata sebanyak 21 serbuan dilakukan ke atas kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai untuk pemain judi atas talian.

“Polis berjaya menahan 24 orang yang menawarkan perkhidmat­an itu serta merampas 27 unit telefon bimbit selain wang tunai berjumlah RM11,719,” katanya.

Selain itu, polis turut menahan 30 individu yang disyaki terlibat dengan penjualan 4D haram dalam 26 serbuan yang dijalankan di Miri, Kuching, Sarikei dan Lubok Antu.

Hasil daripada serbuan itu, Dev berkata pihaknya berjaya merampas wang tunai RM11,266 serta telefon bimbit, pencetak mudah alih,

Polis berjaya menahan 24 orang yang menawarkan perkhidmat­an itu serta merampas 27 unit telefon bimbit selain wang tunai berjumlah RM11,719. SAC Datuk Dev Kumar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

“Daripada 54 orang yang ditahan, 33 adalah lelaki manakala selebihnya perempuan termasuk lima warga asing.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 64 tahun,” kata Dev.

Menurutnya, kes kini disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 ??  ?? SIASAT: Polis ketika melakukan pemeriksaa­n semasa operasi membantera­s perjudian di negeri ini sepanjang minggu lalu.
SIASAT: Polis ketika melakukan pemeriksaa­n semasa operasi membantera­s perjudian di negeri ini sepanjang minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia