Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan tangguh rawatan masalah kesihatan mental

Mereka alami masalah berkaitan kesihatan mental perlu segera dapatkan rawatan daripada pakar kesihatan

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Masyarakat terutama mereka yang mengalami masalah berkaitan kesihatan mental perlu segera mendapatka­n rawatan daripada pakar kesihatan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, rawatan awal adalah penting bagi mengelak daripada bertambah teruk ke tahap skizofreni­a.

“Rekod daripada Hospital Kota Sentosa menunjukka­n bilangan kes baharu yang dirujuk di hospital ini meningkat daripada 76 kes pada 2015 kepada 105 kes pada 2016 dan 110 kes pada 2017.

“Kebanyakan daripada kes baharu ini melibatkan kes lewat di mana tahap kesihatan mental pesakit sudah berada pada tahap yang serius.

“Sebab itu, kita menasihati masyarakat supaya tidak menangguhk­an rawatan jika terdapat tanda-tanda mereka mengalami masalah kesihatan mental,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada pegawai perubatan Hospital Kota Sentosa di pejabatnya di Tingkat Bawah, Bangunan Baitul Makmur sini semalam.

Kunjungan tersebut adalah bagi memaklumka­n mengenai Persidanga­n Kesihatan Men- tal Sarawak (SMHC) 2018 yang akan dilangsung­kan pada 9 hingga 11 April depan di sini.

Tambah Fatimah, salah satu daripada cabaran untuk menangani masalah kesihatan mental adalah stigma masyarakat yang melabelkan pesakit sebagai gila.

Disebabkan stigma ini, maka ramai pesakit yang enggan merujuk masalah mereka kepada pihak pakar kerana bimbang dilabel sebagai gila oleh masyarakat.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Hospital Kota Sen- tosa Dr Irena Michael Mijel berkata kelewatan pesakit mendapatka­n rawatan juga disebabkan taksub dengan rawatan bomoh.

Menurut Dr Irena masalah kesihatan mental sering dikaitkan dengan semangat jahat yang mendorong pesakit untuk mendapatka­n rawatan bomoh.

Namun, apabila keadaan rawatan bomoh tidak berjaya, baharulah pesakit merujuk kepada pakar kesihatan di mana kebiasaann­ya kes sudah berada tahap yang sukar dikawal.

Dalam pada itu, Hospital Kota Sentosa merekodkan seramai 479 pesakit pada 2015 meningkat kepada 566 pesakit pada 2016 dan menurun kepada 547 pada 2017.

Bagaimanap­un penurunan bagi 2017 ini adalah disebabkan pesakit juga boleh dirujuk di dua lagi hospital iaitu Hospital Sri Aman dan Hospital Serian.

Manakala pesakit luar yang mendapat rawatan susulan dari Hospital Kota Sentosa merekodkan seramai 19,950 pada 2015, menurun kepada 19,123 pada 2016 dan 14,223 pada 2017.

Rekod daripada Hospital Kota Sentosa menunjukka­n bilangan kes baharu yang dirujuk di hospital ini meningkat daripada 76 kes pada 2015 kepada 105 kes pada 2016 dan 110 kes pada 2017. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia