Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin tawar biasiswa asas RM2.9 juta untuk pelajar cemerlang SPM tahun ini

-

MIRI: Curtin Universiti Malaysia (Curtin Malaysia) menawarkan biasiswa asas khas bernilai RM2.9 juta untuk pelajar yang memperoleh­i keputusan cemerlang SPM sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan masyarakat setempat sejak penubuhan universiti antarabang­sa itu hampir 20 tahun di sini.

Naib Pro Canselor Curtin Profesor Jim Mienczakow­ski berkata, biasiswa dianugerah­kan kepada pelajar sekolah menengah di bahagian Miri untuk mengikuti program pengajian asas selama setahun pada tahun ini.

Biasiswa baharu itu diumumkan Jim yang juga presiden dan ketua eksekutif Curtin pada majlis makan malam penghargaa­n bersama pengetua, kaunselor, wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) malam kelmarin (Ahad).

“Biasiswa ini ditawarkan istimewa untuk membenarka­n pelajar khasnya daripada keluarga berpendapa­tan rendah untuk menikmati pengajian berkualiti tinggi di Curtin selain peluang kepada mereka menuntut di sebuah institusi pengajian yang memiliki persekitar­an bertaraf antarabang­sa, unik dan pelbagai budaya dengan pelajar daripada 50 negara, “jelasnya.

Biasiswa ini adalah untuk pengajian asas perdaganga­n, kejurutera­an dan sains, kursus seni (media) masing-masing di Fakulti Perniagaan, Fakulti Kejurutera­an dan Sains serta Fakulti Kemanusiaa­n, yang diiktiraf dan diluluskan oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi.

Calon layak perlu dicalonkan pengetua atau kaunselor dan permohonan perlu melalui mereka. Borang permohonan akan diedarkan kepada wakilwakil sekolah. Permohonan perlu diterima Curtin sebelum 30 Mac.

Kesemua dokumen perlu dilampirka­n bersama borang permohonan dan calon dikehendak­i menghadiri sesi temuramah setelah dihubungi pihak universiti.

Timbalan Pro Naib Canselor Profesor Beena Giridharan memberitah­u, lebih 100 biasiswa penuh dan 80 biasiswa separuh (50 peratus) telah dianugerah­kan kepada pelajar cemerlang SPM.

Selain itu peruntukan khas juga diagihkan kepada pela- jar-pelajar layak dari sekolah menengah luar bandar yang akan menerima biasiswa penuh.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin mahu pelajar memanfaatk­an sepenuhnya penubuhan Curtin di sini dan merebut peluang pengajian yang ditawarkan.

“Kerajaan negeri bekerja keras membawa Curtin ke Miri untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan khasnya pelajar kita belajar di Miri tanpa perlu pergi jauh ke Australia,” jelas Lee yang juga pengerusi Lembaga Pengurusan Curtin.

Beliau mahu pelajar dan ibu bapa kerap dibawa melawat kampus Curtin sebagai meningkatk­an pemahaman mereka tentang kemudahan dan kursus ditawarkan.

Pelajar mempunyai pilihan untuk menamatkan pengajian di Curtin Miri atau memilih meneruskan dua semester terakhir di Curtin Perth.

“Curtin merupakan universiti terbaik di Australia Barat. Pelajar mendapat ijazah yang diiktiraf dan berkualiti seperti Curtin Australia,” jelas Lee.

 ??  ?? KENANGAN: Lee (tengah), Jim (di sebelah kiri Lee) bersama kakitangan Curtin dan tetamu semasa majlis makan malam penghargaa­n Curtin malam kelmarin.
KENANGAN: Lee (tengah), Jim (di sebelah kiri Lee) bersama kakitangan Curtin dan tetamu semasa majlis makan malam penghargaa­n Curtin malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia