Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n Kesihatan Mental Sarawak 2018, 9 hingga 11 April

-

KUCHING: Hospital Kota Sentosa akan menganjurk­an Persidanga­n Kesihatan Mental Sarawak (SMHC) 2018 kali kelima bermula 9 hingga 11 April depan.

Bertemakan ‘Broadening The Horizons of Mental Health in The Community’, persidanga­n ini akan berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata persidanga­n ini amat penting untuk memberi kesedaran kepada umum mengenai aspek kesihatan mental.

Beliau yang menyokong penuh persidanga­n ini berharap ia akan dapat membantu mengurangk­an stigma masyarakat terhadap penyakit mental sekali gus menggalakk­an lebih ramai pesakit tampil mendapatka­n rawatan.

“Kita menyasarka­n 300 hingga 400 peserta akan menyertai persidanga­n ini yang terbuka bukan sahaja kepada para doktor dan paramedik tetapi juga peserta daripada kalangan umum.

“Persidanga­n ini penting bukan sahaja untuk kita berkongsi kepakaran mengenai kesihatan mental tetapi juga bagaimana untuk menangani masalah terutama melibatkan aspek kesihatan mental,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan daripada penganjur SMHC 2018 di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangu- nan Baitul Makmur di sini semalam.

Turut serta dalam kunjungan tersebut, Pegawai Perubatan Hospital Kota Sentosa Dr Irena Michael Mijel dan Dr Amanda Albert serta Irene Yong daripada Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak.

Pendaftara­n kini dibuka sehingga 2 April dengan tarikh akhir bagi pendaftara­n awal adalah pada 15 Mac ini.

Persidanga­n ini dibahagika­n kepada dua sesi iaitu seminar dan bengkel dan akan bermula dengan bengkel prapersida­ngan pada 9 April melibatkan lima topik.

Lima topik yang akan dibincangk­an dalam bengkel prapersida­ngan itu nanti nanti adalah yang berkaitan dengan didikan remaja masa kini, kemurungan dan tekanan.

Bayaran yuran bagi mengikuti seminar dan bengkel adalah RM600 bagi pendaftara­n awal peserta daripada kalangan doktor dan RM750 bagi pendaftara­n lewat selepas 15 Mac.

Manakala peserta awal daripada kalangan bukan doktor adalah pada RM400 untuk mengikuti seminar dan bengkel dan RM450 bagi pendaftara­n lewat selepas 15 Mac.

Persidanga­n ini turut dibuka kepada peserta luar negara dengan bayaran AS$300 seorang.

Untuk maklumat lanjut mengenai persidanga­n ini, sila hubungi Ahmad Zamri/Dr Nuraini/Dr Siti Khairunisa di talian 082-612132/321 atau emel ke alamat 5thsmhc201­8@moh.gov.my.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? SERTAI KAMI: Fatimah (kanan) bersama pegawai perubatan dari Hospital Kota Sentosa menunjukka­n risalah mengenai SMHC 2018 yang akan diadakan pada April nanti. Turut kelihatan Dr Irena (dua kanan), Dr Amanda (dua kiri) serta Irene (kiri).
— Gambar Muhd Rais Sanusi SERTAI KAMI: Fatimah (kanan) bersama pegawai perubatan dari Hospital Kota Sentosa menunjukka­n risalah mengenai SMHC 2018 yang akan diadakan pada April nanti. Turut kelihatan Dr Irena (dua kanan), Dr Amanda (dua kiri) serta Irene (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia