Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat perlu berperanan salur maklumat atau pemasalaha­n dihadapi penduduk

-

MIRI: Ketua masyarakat perlu memainkan peranan dalam menyalurka­n maklumat atau pemasalaha­n yang dihadapi penduduk untuk pengetahua­n kerajaan.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata, ia penting agar semua keperluan atau permasalah­an penduduk dapat diselesaik­an melalui saluran yang betul.

“Kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat, bagaimanap­un jika pemasalaha­n tidak disampaika­n kepada pihak kerajaan, maka sukar untuk menyelesai­kannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Bersama Komuniti 1Malaysia (K1M) serta Taklimat Bajet 2018 anjuran Jabatan Penerangan Miri di sini kelmarin.

Ahmad Lai berkata, setiap kampung atau rumah panjang mempunyai ketua masyarakat dan berperanan menyelaras kebajikan penduduk.

Sehubungan itu, ketua masyarakat lebih dekat dengan penduduk bahkan lebih tahu perkara yang berlaku di peringkat bawahan.

“Sebab itu kerajaan melantik ketua masyarakat agar mereka dapat menjadi mata dan telinga kerajaan terutama dalam soal kebajikan rakyat,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Lai juga menyaranka­n agar rakyat tidak mudah terpengaru­h dengan maklumat yang tular dalam media sosial.

Menurutnya, tidak semua maklumat yang ditularkan adalah sahih dan benar, sebaliknya ada perkara yang sengaja ditularkan atas tujuan tertentu.

“Jangan mudah cepat percaya dengan apa yang kita baca, sebaliknya kita perlu menyemak dahulu kesahihan maklumat terbabit agar tidak mengeliruk­an,” katanya.

Beliau juga memuji Jabatan Penerangan Miri yang menjayakan program berkenaan sebagai platform kepada masyarakat untuk berkongsi maklumat dua hala.

“Tanggungja­wab Jabatan Penerangan ialah untuk menyampaik­an maklumat yang tepat dan sahih seterusnya memastikan sumber itu dikongsi bersama rakyat,” jelasnya.

Pada majlis sama, Ahmad Lai turut mengumumka­n sumbangan berjumlah RM2,000 kepada lima K1M dalam Parlimen Sibuti.

 ??  ?? TERBAIK: Ahmad Lai (tiga kiri, barisan hadapan) bersama K1M Parlimen Sibuti masing-masing menunjukka­n tanda bagus pada Program Ramah Mesra K1M kelmarin.
TERBAIK: Ahmad Lai (tiga kiri, barisan hadapan) bersama K1M Parlimen Sibuti masing-masing menunjukka­n tanda bagus pada Program Ramah Mesra K1M kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia