Utusan Borneo (Sarawak)

Semua berperanan membentuk generasi muda: Mawan

-

SARATOK: Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pembentuka­n generasi muda dewasa ini, kata Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom.

Katanya, tanggungja­wab dalam membimbing generasi ini bukan hanya terletak pada pihak sekolah tetapi merupakan tanggungja­wab bersama antara ibu bapa dan masyarakat setempat.

“Kita berharap semua pihak tidak mengambil mudah akan perkara ini, kerana pendidikan dan perkara berkaitan perkembang­an generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara dan bangsa adalah tanggungja­wab semua pihak.

“Jangan bersikap acuh tidak acuh dalam perkara ini.

“Dalam setiap pembanguna­n yang melibatkan perkembang­an dan pembanguna­n generasi ini, kita mahu semua pihak memainkan peranan masing-masing dan bukannya mengamalka­n sikap tidak peduli,” kata Mawan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ju Gambeh di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Moh Sessang dekat sini, kelmarin.

Sekitar 600 penduduk setempat yang terdiri daripada ketua masyarakat, ketua kaum dan penduduk kampung menghadiri majlis tersebut yang dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Abang Moh Sessang dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Kampung Sessang.

Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk mengeratka­n silaturahi­m sesama warga sekolah dan komuniti di kawasan Sessang.

Selain itu, penganjura­n ini adalah untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang peranan mereka membentuk generasi muda sebagai pelapis negara pada masa depan.

Mawan turut berkata, ma- salah sosial dalam kalangan golongan muda pada hari ini perlu dibendung segera sebelum ia menjadi lebih parah.

“Seperti yang kita sedar, masalah penyalahgu­naan dadah dalam kalangan belia kita pada hari ini semakin membimbang­kan, malah gejala ini telah merebak di kawasan luar bandar.

“Justeru, kitamenyer­ukepada ibu bapa agar memantau setiap perkembang­an dan pergaulan seharian anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan masalah sosial seperti ini.

“Pastikan rakan-rakan yang bergaul dengan mereka tidak membawa dan mendorong anak-anak kita ke kancah masalah sosial seumpama ini,” tegasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Guru Besar Mohtaja@Mohtar Jaya, Yang Dipertua PIBG Razali Sulong dan Penghulu merangkap Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kampung Sessang Kamaludin Mohd Rambli.

 ??  ?? MERIAH: Mawan bersama penduduk yang turut hadir pada Majlis Ju Gambeh di SK Abang Moh Sessang dekat Sarato, kelmarin.
MERIAH: Mawan bersama penduduk yang turut hadir pada Majlis Ju Gambeh di SK Abang Moh Sessang dekat Sarato, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia