Utusan Borneo (Sarawak)

Selain Lebuh Raya Pesisir Pantai, Pan Borneo, satu lagi adalah jalan utama kedua

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak dijangka mempunyai tiga jalan utama dalam tempoh 10 tahun akan datang melibatkan anggaran kos RM11 bilion.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, jalan-jalan utama itu ialah Lebuh Raya Pesisir Pantai, Lebuh Raya Pan Borneo dan cadangan jalan utama kedua menghubung­kan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sibu.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata, jalan-jalan utama itu dibina dengan tujuan memudahkan perjalanan atau pemanduan pengguna dari kawasan-kawasan berkenaan ke bandarband­ar utama di seluruh Sarawak.

Menurutnya, ketika ini kementeria­nnya dalam proses rundingan mengenai cadangan jalan utama kedua dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan setiausaha kewangan negeri.

“Kami (dalam rundingan itu) bersetuju cadangan jalan utama (kedua ini) akan dilaksanak­an dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Kosnya ialah kira- kira RM11 bilion. Kita akan dapatkan peruntukan itu,

Kami (dalam rundingan itu) bersetuju cadangan jalan utama (kedua ini) akan dilaksanak­an dalam tempoh 10 tahun akan datang.

tetapi bukan daripada kerajaan persekutua­n, maknanya ia projek dibiayai kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu berkata, kerajaan negeri merancang menyediaka­n pengalaman pemanduan yang lancar kepada pengguna jalan raya dari Sematan hingga Miri apabila Lebuh Raya Pesisir Pantai siap termasuk sekurang- kurangnya lima jambatan dibina dalam tempoh sama.

“Jalan utama kedua ini akan mengurangk­an tempoh perjalanan dari Sibu ke Ku- ching sebanyak dua setengah jam. Kalau menggunaka­n Lebuh Raya Pan Borneo ia mengambil masa lima hingga enam jam,” jelasnya.

Tambahnya, tujuan pembinaan cadangan jalan utama kedua itu ialah menukar laluan dari Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Betong, Sri Aman, Lingga, Sebuyau, Samarahan dan Kuching.

Katanya, cadangan jalan utama kedua itu dan Lebuh Raya Pesisir Pantai akan mengurangk­an perjalanan dari Kuching ke Sibu dan sebaliknya.

“Jadi dengan tiga jalan utama ini, Sarawak akan terus berkembang maju pada masa akan datang,” ujarnya.

Jalan Serian- Tebedu, sepanjang 40 kilometer ( km) pula akan dinaik taraf kepada dua lorong tidak lama lagi sebaik Pelabuhan Darat di Tebedu mula beroperasi.

“Jalan Serian-Tebedu akan dinaik taraf sebaik Pelabuhan Darat di Tebedu siap dan mendapat persetujua­n daripada Kerajaan Indonesia.

“Ini perlu untuk menambah baik aliran trafik di situ lebih lancar.

“Ketika ini jalan sedia ada agak sempit untuk urusan perdaganga­n lintas sempadan antarabang­sa,” katanya.

Tambahnya, Jalan SerianTebe­du dibina konsortium Perancis pada 1990-an.

Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? LAWATAN KERJA: Abang Johari semasa pertemuan dengan Tharman
LAWATAN KERJA: Abang Johari semasa pertemuan dengan Tharman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia