Utusan Borneo (Sarawak)

Penganut harus gembleng tenaga pacu, angkat nama baik mazhab Anglican

-

ENGKILILI: Semua penganut Anglican terutama di konstituen­si Engkilili harus menggemble­ng tenaga dalam memacu serta mengangkat nama baik mazhab tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, tanpa mengira kedudukan, tua atau muda serta gender, penganut harus berani mempertaha­nkan setiap mazhab yang menjadi pegangan daripada dicemari unsur-unsur negatif.

“Jika anda sudah memeluk fahaman Anglican misalnya, maka tanggunjaw­ab anda ialah mempertaha­nkan kesucian fahaman tersebut agar ia disegani dan dihormati oleh pengikut mazhab lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Diocesan Women’s Fellowship (DWF) Zon 2 Lent Seminar/Dinner anjuran Women’s Fellowship Gereja St Michael di Dewan Masyarakat Engkilili di sini malam kelmarin. Turut sama ialah Presiden DWF Kuching dan Brunei Darussalam Leonora Sampai.

Tambahnya, menjadi peranan semua penganut Anglican di negeri ini bekerjasam­a menyebar luaskan fahaman ini yang terbukti berkesan dalam memimpin penganutny­a ke arah kebaikan melandaska­n ajaran Tuhan.

“Maka itu, jangan segan bercerita tentang kebaikan ajaran Tuhan yang terkandung dalam bible suci kita kerana ia membentuk sahsiah yang sopan, berintegri­ti, saling memahami serta hormatmeng­hormati,” katanya.

“Kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) sangat terbuka dan menyokong setiap aktiviti keagamaan di negeri ini.

“Kita turut menyediaka­n dana bukan sahaja dalam memastikan kelancaran program seperti ini malah suntikan kewangan untuk memastikan setiap agama mempunyai rumah ibadat masing-masing,” tegasnya.

Bercakap lanjut, Dr Rayong memuji usaha sayap wanita Gereja St Michael Engkilili yang begitu cemerlang menganjurk­an Seminar Lent Zon 2 meliputi antaranya Bintangor, Roban, Saratok, Betong, Engkilili, Sri Aman dan Abok.

“Sebagai ADUN, saya tidak mempunyai halangan untuk menyokong malah mengalualu­kan program serupa pada masa depan kerana menyedari manfaat daripada aktiviti seperti ini,” katanya sambil menambah, sedia memperuntu­kkan dana untuk kelancar- annya kelak.

Pada majlis sama, Dr Rayong turut mengumumka­n pemberian geran MRP kepada Gereja St Michael Engkilili bernilai RM20,000 sebagai dana untuk mereka menjalanka­n aktiviti gereja.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Rev. Peter Augustine, Timbalan Presiden DWF Zon 2 Rundai Ugap, Penasihat DWF Mitty Chai, Chairlady St. Michael Engkilili Nora Radum, Penghulu Betuk Tubi, kaunselor, tuai rumah serta peserta seminar Lent kali ini.

 ??  ?? BUAH TANGAN: Nora menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Rayong sambil diperhatik­an Rev. Peter pada Majlis Diocesan Women’s Fellowship (DWF) Zon 2 Lent Seminar/Dinner di Dewan Masyarakat Engkilili malam kelmarin.
BUAH TANGAN: Nora menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Rayong sambil diperhatik­an Rev. Peter pada Majlis Diocesan Women’s Fellowship (DWF) Zon 2 Lent Seminar/Dinner di Dewan Masyarakat Engkilili malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia