Utusan Borneo (Sarawak)

Saluran paip pecah jejas bangunan kerajaan, premis makanan, penduduk

-

SERIAN: Saluran paip yang terletak di Jalan Louis berdekatan Bulatan Serian sekali lagi pecah menyebabka­n hampir seluruh bangunan perkhidmat­an kerajaan, premis makanan dan penduduk yang mendiami kawasan sekitar terjejas teruk.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bukit Semuja John Ilus, beliau semalam telah turun untuk meninjau secara dekat kejadian tersebut dan meluahkan rasa kecewa kerana ia sudah sering berlaku dan mahu masalah itu diselesaik­an dengan segera.

“Pihak kontraktor yang membina Lebuh Raya Pan Borneo memberitah­u sekarang pihaknya telah mengenal pasti tempat paip yang pecah berkenaan dan masih menunggu alat ganti paip untuk tujuan penyambung­an dari Kuching.

“Kita sangat berharap masalah ini akan diselesaik­an secepat mungkin kerana banyak premis makanan yang mengadu bahawa perniagaan mereka tidak berjalan dan paling menyedihka­n lagi pihak hospital amat memerlukan sumber air bersih untuk tujuan merawat pesakit.

“Ini kali kedua-dua Hospital Serian terjejas teruk kerana masalah yang sama selepas Februari lalu, banyak juga penduduk dari kawasan perkampung­an sekitar seperti Kampung Pasir, Kampung Kakai, Kampung Stabun, Kampung Kemayau terjejas sama,” katanya ketika dihubungi sekitar jam 1.30 petang semalam.

Beliau berkata sebelum ini pada 13 Februari lepas, pihaknya telah mengadakan perbincang­an dengan Pejabat Residen Serian yang telah dipengerus­ikan residen sendiri.

Tegasnya, beliau menyakini perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi selepas ini.

Banyak penjaja dan pekedai meluahkan rasa kurang senang dengan situasi yang berlaku dan memberitah­u sumber pendapatan mereka terjejas kerana perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa.

Bagaimanap­un, John berkata jika kerja penyambung­an berkenaan mengambil masa yang terlalu lama, adalah dinasihati agar pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) atau kontraktor pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo menghantar bekalan air bersih dengan segera kepada pihak hospital yang kritikal memerlukan air pada masa ini.

 ??  ?? SEPERTI BANJIR: Keadaan di kawasan kejadian yang kelihatan banjir dan menjejaska­n rutin harian penduduk, premis kedai dan pejabat perkhidmat­an kerajaan serta swasta di Serian semalam.
SEPERTI BANJIR: Keadaan di kawasan kejadian yang kelihatan banjir dan menjejaska­n rutin harian penduduk, premis kedai dan pejabat perkhidmat­an kerajaan serta swasta di Serian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia