Utusan Borneo (Sarawak)

Perarakan Cap Goh Meh mampu tarik pengunjung datang ke Sarawak

-

SRI AMAN: Perarakan Cap Goh Meh yang diraikan oleh masyarakat Cina pada hari ke15 sambutan Tahun Baharu Cina dilihat sebagai suatu budaya yang unik dan mampu menarik pengunjung datang ke negeri ini.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, jika dilihat perarakan yang diadakan setiap tahun di sini, ia mampu menarik ribuan pengunjung datang ke bandar ini.

“Bagi masyarakat di Sri Aman, perarakan Cap Goh Meh merupakan satu budaya yang paling unikkerana kebanyakan yang menyertai perarakan ini bukan setakat masyarakat Cina malah turut melibatkan masyarakat Bumiputera.

“Inilah yang dinamakan sebagai perpaduan kerana semua kaum berpeluang meraikan perarakan ini tidak mengira kaum Iban, Melayu dan sebagainya kerana kita hidup dalam rumpun rakyat Malaysia berlandask­an ga- gasan 1Malaysia,” ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai perarakan Pesta Cap Goh Meh 2018 dekat sini lewat malam kelmarin (Isnin).

Menurutnya, perarakan berkenaan berpotensi dijadikan salah satu produk pelanconga­n bagi bandar ini kerana ia lain daripada yang lain dan jarang dilihat sebelum ini.

“Sebelum ini, bandar Sri Aman memang sudah terkenal dengan kemeriahan Pesta Benak yang diadakan setiap tahun dan seluruh masyarakat dunia telah mengenali benak di bandar ini yang paling unik.

“Jadi tidak mustahil, perarakan ini juga mampu dijadikan satu lagi daya tarikan pelancong ke bandar Sri Aman ini,” jelasnya.

Ketika ditanya bagaimana menjadikan perarakan ini lebih menarik serta menarik lebih ramai pengunjung berkun- jung ke Sri Aman semasa perarakan yang serupa pada 2019, Harden menjelaska­n bahawa kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk mempromosi­kan perarakan ini kepada masyarakat luar agar lebih ramai pengunjung datang ke sini pada tahun depan.

“Salah satu caranya ialah peranan pihak media amat diperlukan untuk menyalurka­n maklumat kepada masyarakat luar tentang perarakan ini di Sri Aman termasuk empromosik­annyanerus­i televisyen, akhbar tempatan, Iternet dan menerusi Kementeria­n Pelan- congan dan sebagainya.

“Apa yang saya lihat, promosi yang dilakukan untuk Pesta Benak di Sri Aman cukup membanggak­an kerana setiap tahun penganjura­n pesta berkenaan, pengunjung yang berkunjung ke Sri Aman bukan hanya pengunjung do- mestik tetapi pengunjung dari luar negara turut berminat menyaksika­n benak kita di Sri Aman,” katanya.

Tambah Harden lagi, tidak mustahil sekiranya Pesta Chap Goh Meh dipromosik­an secara meluas, ia juga seperti Pesta Benak, mampu menarik puluhan ribu pengunjung berkunjung ke Sri Aman ini.

“Jumlah pengunjung yang datang menyaksika­n perarakan ini pada malam ini cukup membanggak­an dan saya menjangkak­an jumlahnya lebih 5,000 orang kerana dari Tokong Cina di Tebingan Sungai Batang Lupar mengelilin­gi beberapa jalan utama di sekitar bandar ini turut dipenuhi orang ramai.

“Dan saya pasti pada perarakan tahun depan, jumlah pengunjung berkunjung ke sini akan meningkat di mana kita akan meneruskan perarakan di sini sebagai acara tahunan bagi penduduk di bandar Sri Aman,” ujarnya.

Turut menyertai perarakan berkenaan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai , Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Richard Tawan Sedu, Pengerusi Persatuan Soon Heng Simanggang Datuk Tan Chong Meng, Pengerusi Pertubuhan Meninggika­n Akhlak Che Chuan Khor Simanggang Tmenggong Kuek Aik Seng serta yang lain.

Pada perarakan etrsebut, Harden turut menyampaik­an geran berjumlah RM 10,000 kepada Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sri Aman manakala RM 25,000 kepada kepada Persatuan Simanggang Sociey untuk tujuan melaksanak­an aktiviti sepanjang tahun mereka.

Perarakan yang bermula seawal jam 7.30 malam dan berakhir sekitar jam 11 malam itu telah disertai 54 kereta berhias daripada pelbagai agensi, persatuan serta agensi kerajaan dari Sri Aman, Engkilili, Lubok Antu dan Betong.

 ??  ?? GERAN KERAJAAN: Harden (tiga kanan) menyampaik­an geran kerajaan kepada Pertubuhan Meninggika­n Akhlak Che Chuan Khor (kiri) sambil diperhatik­an Masir (tengah) serta yang lain semasa berlangsun­gnya acara berkenaan malam kelmarin.
GERAN KERAJAAN: Harden (tiga kanan) menyampaik­an geran kerajaan kepada Pertubuhan Meninggika­n Akhlak Che Chuan Khor (kiri) sambil diperhatik­an Masir (tengah) serta yang lain semasa berlangsun­gnya acara berkenaan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia