Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak masih merekodkan kes penyakit tibi yang tinggi

-

KUCHING: Sarawak masih merekodkan kes penyakit tibi yang tinggi dalam tempoh 2015 hingga 2017.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim, jumlah kes tibi yang didaftarka­n turut meningkat dalam tempoh tiga tahun itu.

Katanya, jumlah kes pada 2015 adalah sebanyak 2,575, 2016 sebanyak 2,857 dan 2017 sebanyak 2,797.

Sehubungan itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri akan mengadakan Minggu Kesedaran Penyakit Tibi pada 5 hingga 13 Mac ini sempena sambutan Hari Tibi Sedunia 2018 yang disambut pada 24 Mac setiap tahun.

Bertemakan ‘ Ke Arah Malaysia Bebas Tibi: Kesan Awal dan Pastikan Sembuh’, program ini adalah untuk memperting­katkan tahap kesedaran penyakit tibi kepada masyarakat.

“Matlamat utama samb- utan Minggu Kesedaran Penyakit Tibi di Sarawak adalah untuk meningkatk­an pengetahua­n masyarakat mengenai penyakit tibi dengan mengadakan aktiviti promosi dan pencegahan, memperkuku­hkan aktiviti pengesanan dan rawatan penyakit tibi,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Beliau menambah, objektif program tersebut juga adalah untuk meningkatk­an kesedaran tentang penularan jangkitan tibi dalam masyarakat di Sarawak dengan menyampaik­an maklumat berkaitan cara-cara pencegahan jangkitan tibi.

Selain itu, katanya ia juga sebagai salah satu platform dalam menyampaik­an maklumat kepada masyarakat supaya mengenali tandatanda penyakit tibi dan seterusnya mendapatka­n diagnosis dan rawatan awal di fasiliti kesihatan.

Penyakit tibi adalah disebabkan jangkitan kuman yang dinamakan Mycobacter­ium tuberculos­is.

Paru- paru adalah bahagian badan yang paling kerap dijangkiti kuman tibi, namun mana-mana organ badan yang lain juga boleh dijangkiti.

Penyakit tibi merebak bila individu yang sedang mengalami penyakit tibi batuk, bersin atau meludah merata-rata.

Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penyakit tibi adalah antara 10 punca utama kematian di seluruh dunia.

Pada 2016, 10.4 juta penduduk dikesan menghidap penyakit tibi yang menyebabka­n 1.7 juta kematian di seluruh dunia.

Dianggarka­n 53 juta pesakit tibi di seluruh dunia telah dirawat sehingga sembuh untuk tempoh 2000 hingga 2016.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Dominic (lima kanan) menerima hadiah berupa piala dan wang tunai daripada Dennis sambil disaksikan Tabad (empat kanan) dan yang lain.
TERIMA KASIH: Dominic (lima kanan) menerima hadiah berupa piala dan wang tunai daripada Dennis sambil disaksikan Tabad (empat kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia