Utusan Borneo (Sarawak)

Andy imbau kembali kenangan berkhidmat di S’wak era konfrontas­i

-

KUCHING: Bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Andy Muniandy mengadakan lawatan lima hari ke negeri ini.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu kini sudah mencecah usia 77 tahun dan kembali semula melawat Sarawak buat kali pertama selepas namanya disiarkan pernah berkhidmat untuk rakyat di sini sekitar 50 tahun lalu.

Andy dijangka akan menyampaik­an maklumat berkaitan pesawat C-130 Hercules di Swinburne University of Technology Kampus Sarawak di sini.

Beliau juga berhasrat melawat sekurang-kurangnya tiga sekolah menengah di bandar raya Kuching untuk berkongsi kisahnya dengan golongan muda Sarawak sebagai salah satu cara motivasi dalam mencapai kecemerlan­gan dalam hidup masing-masing.

“Penduduk di Borneo adalah wira sebenar semasa zaman konfrontas­i kerana tanpa kerjasama antara rakyat yang berbilang bangsa iaitu Iban, Kayan, Bidayuh dan Melayu, konflik itu tidak mungkin akan berakhir.

“Orang Sarawak adalah orang yang ramah dan menghargai keamanan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Andy sebelum ini pernah berjanji melawat kembali ke sini sebagai tanda memperinga­ti ulang tahun ke-50 pengakhira­n zaman konfrontas­i tersebut.

Mengimbau kembali semasa pertama kali diterbangk­an ke sini pada April 1964, Andy diberitahu oleh pegawai atasannya bahawa beliau akan dihantar ke zon perang di sini.

Beliau berkhidmat di sini selama setahun sebulan pada tahun 60-an.

“Ketika saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, saya melihat pangkalan udara TUDM yang bersebelah­an dengan lapangan terbang.

“Ia masih kelihatan sama, tempat letak kereta untuk pesawat itu, ia mengingatk­an saya akan keamanan dan kebahagiaa­n yang pernah saya rasai suatu ketika dahulu,” katanya.

Pada masa itu, Andy berkata beliau juga pernah berkhidmat sebagai penterjema­h Melayu-Inggeris dan TamilIngge­ris.

Walaupun tugas itu merupakan tugas tambahan, beliau tidak keberatan melakukann­ya.

“Saya diberi kerja tambahan, tetapi saya tidak pernah mengeluh. Saya menjalanka­n tugas dengan sepenuh hati kerana percayakan kepada kedamaian.

“Lawatan ke Sarawak ini pada tahun ke-50 berakhirny­a konfrontas­i membangkit­kan emosi saya semula,” kata Andy.

Pada 1967, beliau menerima biasiswa dan berkelayak­an sebagai jurutera udara dan telah berada di udara menerbangk­an pesawat C-130 Hercules selama 9,600 jam.

Beliau juga telah dianugerah­kan ‘Member of the Or- der of the British Empire’ (MBE) oleh Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham pada 1990.

Andy yang merupakan ahli Persatuan Aeronautik yang berpangkal­an di Kerajaan Britain, telah menulis beberapa buku termasuk ‘Hercules - The RAF Workhorse’, ‘Erks On Hercs - Open All Hours’ dan ‘Belize And Her People’.

Menurutnya beliau juga pernah ke Jerman, India, Sri Lanka dan Belize, Amerika Tengah.

Beliau berkata Australia akan menjadi perhentian seterusnya dan kemudian Singapura.

“Kita cuma hidup sekali di dunia dan wang bukanlah segala-galanya tetapi kebaikan yang anda tunjukkan kepada orang lain adalah budi yang akan dikenang selamanya.

“Lebih penting lagi, kita perlu menghormat­i setiap kaum dan orang tua seperti saya,” katanya sambil tersenyum.

Andy berharap mereka yang telah bertempur dengannya pada usia 60-an boleh menghubung­inya di talian 014-929 8480.

 ??  ?? PENGHORMAT­AN: Gambar fail Andy memakai MBE.
PENGHORMAT­AN: Gambar fail Andy memakai MBE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia