Utusan Borneo (Sarawak)

Dominic ungguli pertanding­an nyanyian sempena Sehati@RTM

-

MARUDI: Kaunselor Dominic Nyurang Ajang berjaya muncul johan pada pertanding­an nyanyian lagu- lagu ‘Country and Western’ di pekan Long Lama, Baram, Sabtu lalu.

Dominic yang mendendang­kan lagu ‘Your Man’ oleh Josh Turner dan lagu ‘Blues Man’ oleh Alan Jackson berjaya mengalahka­n peserta lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan piala.

Sementara naib johan dimenangi Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai dengan lagunya yang berjudul ‘Please Release Me’ dan sebuah lagi lagu Inggeris.

Manakala tempat ketiga jatuh kepada Guru Besar SK Ubong Imang Samuel Iwat.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan RM150 berserta piala.

Sementara hadiah sagu hati RM100 seorang diberikan kepada empat pemenang lain.

Seramai tujuh peserta mengambil bahagian dalam pertanding­an sempena Program Sehati @ RTM Singah Lokasi di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Kee Tee di Long Lama.

Pertanding­an tersebut dirasmikan ADUN Telang Usan Dennis Ngau dan turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Seksyen Radio Sarawak Tabad Sakai, Pengawal Penyiaran RTM Miri Zaidi Bujang, Penghulu Desmond Yap Ching Siang dan para kaunselor Majlis Daerah Long Lama.

Dennis dalam ucapannya pada majlis penyampaia­n hadiah kepada para peme- nang berkata, beliau amat menghargai sambutan hangat para peserta.

“Walaupun lagu- lagu tersebut jarang diketahui generasi muda tetapi sambutan daripada peserta amat menggalakk­an dan paling penting berjaya menarik para penonton,” ujar beliau.

Dennis kemudianny­a berjanji akan membawa lebih banyak lagi acara-acara ke pekan Long Lama bagi memastikan pekan itu terus hidup.

“Saya berjanji akan membawa lebih banyak lagi aktiviti serupa ini ke Long Lama dan berdasarka­n permintaan orang awam dan penduduk Long Lama yang mahu agar aktiviti seperti ini diadakan sekali sebulan.

“Ini juga untuk memastikan ‘kehidupan’ di Long Lama tidak membosanka­n,” katanya sambil menambah, bukan sahaja agensi kerajaan seperti RTM, tetapi sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain turut digalak menganjurk­an pelbagai acara di pekan tersebut.

Sementara itu, dalam pertanding­an ‘Lumba Asan’, kategori lelaki dimenangi pasukan Kampung Uma Akeh, tempat kedua dimenangi pasukan Kampung Long Bemang, Apoh dan tempat ketiga dimenangi pasukan Kampung Long Leng.

Bagi kategori wanita pula, johan dimenangi pasukan Kampung Long Leng, naib johan dimenangi pasukan Long Bemang dan tempat ketiga dimenangi pasukan gabungan KEMAS dan Pusat Internet 1Malaysia Long Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia