Utusan Borneo (Sarawak)

LPK optimis mampu selesai kesesakan lalu lintas

LPK beritahu Wong Soon Koh bahawa penambahba­ikan lalu lintas menelan kos RM130 juta

- Oleh Borhaniza Ali Basah

S I B U : L e m b a g a Perkhidmat­an Komuniti (LPK) Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu optimis mampu membawa penyelesai­an terhadap masalah kesesakan lalu lintas di enam persimpang­an jalan di sini pada masa akan datang.

Pengerusi Lembaga Pengarah LPK Datuk Andrew Wong berkata, pihaknya telah menulis surat kepada Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E- Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh di mana kerja-kerja penambahba­ikan dicadangka­n dalam kajian lalu lintas menelan kos RM130 juta untuk dilaksanak­an.

“Kami menulis surat kepada Dato Sri ( Wong). Itulah sebabnya Dato Sri tahu bahawa untuk menyelesai­kannya (lalu lintas) dan kita memerlukan RM130 juta.

“Beliau ( Wong) akan mencari masa memaklumka­n perkara itu kepada kerajaan negeri atau persekutua­n bagi mendapatka­n peruntukan dan kita tunggu perkembang­an seterusnya.

“Kami menulis surat dan menghantar semua laporan kepada beliau ( Wong),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Sentuhan Rakyat UPP di Kampung Sentosa, kelmarin.

Untuk rekod, enam persimpang­an jalan raya mengalami masalah kesesakan lalu lintas ialah bulatan di hadapan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), Jalan Deshon- Jalan Teng Chin Hua-Persiaran Brooke, Jalan Deshon-Jalan Ling Kai Cheng, Bulatan Hulu Sungai Merah, Jalan Pedada-Jalan Oya-Jalan Wong King Huo dan persimpang­an Permai.

Semua enam persimpang­an utama itu terletak di pinggir pusat bandar.

“Cepat atau lambat, kita perlu mendapatka­n projek ini kerana keadaan lalu lintas dalam enam kawasan tersebut semakin buruk.

“Di bawah Rancangan Sibu1 (RS1) dalam tempoh lima tahun, kami berjanji kepada rakyat untuk membawa perubahan,” katanya.

Sementara itu, Andrew berkata keenam- enam persimpang­an di pinggir pusat bandar itu gagal dalam kajian dijalankan oleh perunding mereka.

O l e h i t u , b e l i a u menyuaraka­n kebimbanga­n jika tiada apa-apa dilakukan keadaan mungkin menjadi lebih buruk pada masa datang.

“Semua enam simpang utama di pinggir pusat bandar gagal mengikut kajian lalu lintas dijalankan kerana sistem lalu lintas masa kini tidak dapat menampung jumlah kenderaan semakin meningkat.

“Perunding mempunyai ukuran biasa yang kami panggil unit kereta penumpang (PCU). Jadi, mereka menggunaka­n cara ini sebagai pengiraan aliran lalu lintas.

“Persimpang­an utama semuanya gagal. Oleh itu, kita ambil contoh, Jalan DeshonJala­n Pedada-Jalan Ling Kai Cheng semasa waktu puncak waktu pagi dan petang, semua diberi tanda F bererti gagal. Mereka mempunyai skala dari A ke F.

“Skala A adalah terbaik dan F sudah tentu bermakna gagal. Manakala E dan F tidak boleh diterima.

“Ini adalah ukuran standard sebarang kajian lalu lintas. Kami menyasarka­n C dan D memandangk­an A dan B hampir mustahil,” katanya.

Kami menulis surat kepada Dato Sri ( Wong). Itulah sebabnya Dato Sri tahu bahawa untuk menyelesai­kannya (lalu lintas) dan kita memerlukan RM130 juta. Datuk Andrew Wong Pengerusi Lembaga Pengarah LPK

 ??  ?? ANDREW WONG
ANDREW WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia