Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Negeri Sarawak anjur Pertanding­an Perpustaka­an Keluarga

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak sekali lagi akan menganjurk­an Pertanding­an Perpustaka­an Keluarga pada tahun ini.

Pertanding­an adalah terbuka kepada warganegar­a Malaysia yang bermastaut­in di Sarawak dan peserta haruslah mempunyai sudut bacaan atau perpustaka­an mini di rumah.

Setiap isi rumah hanya boleh mengemukak­an satu penyertaan sahaja.

P e r t a n d i n g a n Perpustaka­an Keluarga dianjurkan untuk menanam minat membaca dan menjadikan budaya membaca sebagai satu amalan sepanjang hayat serta memberi pendedahan kepada pelbagai bentuk bahan bacaan dan sumber maklumat kepada masyarakat di Sarawak.

Selain itu ia dapat membantu ahli keluarga dalam proses pembelajar­an semasa di rumah, selain dapat meningkatk­an serta memberi nilai tambah kepada ilmu pengetahua­n dan kemahiran dalam sesuatu bidang yang diminati setiap ahli keluarga.

Johan pertanding­an bakal memenangi wang tunai RM500, naib johan RM300 dan tempat ketiga RM200 berserta piala dan sijil.

Orang ramai dialu-alukan menyertai pertanding­an ini, dengan penyertaan adalah percuma.

Borang penyertaan dan syarat pertanding­an boleh didapati di laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak: www. pustaka- sarawak. com.

Tarikh tutup penyertaan pada 2 April depan (Isnin).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Norassima Sitam atau Fatimah Yahya di talian 082- 442000 sambungan 319/ 241 atau e- mel ke norassis@sarawak.gov.my/ fatimahy@sarawak.gov.my.

 ??  ?? MUAFAKAT: JKKK Kampung Labang dan RELA Labang bersama penduduk kampung membaiki jambatan di kampung berkenaan, semalam.
MUAFAKAT: JKKK Kampung Labang dan RELA Labang bersama penduduk kampung membaiki jambatan di kampung berkenaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia