Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ mengadakan Program JPJ Bersama Anda

-

KUCHING: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mengadakan Program JPJ Bersama Anda sebagai langkah proaktif untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai peranan dan tanggungja­wab pihaknya menjaga keselamata­n dan keharmonia­n pengguna jalan raya.

Menurut kenyataan semalam, ia sebagai platform untuk membantu masyarakat menyelesai­kan pelbagai isu berkaitan saman lalu lintas.

Antara lain, perkhidmat­an yang disediakan pihaknya termasuk penguranga­n kompaun saman sehingga 30 peratus untuk warganegar­a Malaysia tidak termasuk kesalahan seperti lebih muatan, sistem AES dan saman mahkamah.

Selain khidmat runding mengenai pendaftara­n kenderaan, pelesenan pemandu dan kejurutera­an automotif, ia juga menerima aduan dan cadangan orang ramai dalam menambah baik perkhidmat­an yang disediakan.

Ia akan diadakan pada setiap hari Selasa minggu terakhir setiap bulan bermula jam 2.30 petang sehingga 4 petang di Blok A, Kompleks JPJ Negeri Sarawak, Batu 12 di sini.

Sebelum ini, seramai 30 orang telah mendapat manfaat daripadany­a.

Program tersebut akan dihadiri Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah, Timbalan Pengarah JPJ Sarawak Erick Jusiang, Penolong Pengarah Pelesenan Kenderaan JPJ Sarawak Sapiah Putit, PenolongPe­ngarahPele­senan Pemandu JPJ Sarawak Jelapin Entalai, Penolong Pengarah Kejurutera­an Automotif JPJ Sarawak Wong Teck Chang dan Penolong Pengarah Integriti JPJ Sarawak Fifi Suhesty Asmuni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia