Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu JHS menjalanka­n kajian di tapak Ramsar

Taman Negara Tanah Lembap Kuching seluas 6,610 hektar disenarai tapak Ramsar kelima di Malaysia

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak ( JHS) mempelawa lebih banyak institusi penyelidik­an di negeri ini untuk membantu jabatan menjalanka­n kajian ekologikal di tapak Ramsar Taman Negara Tanah Lembap Kuching.

Pemangku Pengarah Hutan Sarawak Hamden Mohammad berkata, Taman Negara Tanah Lembap Kuching disenaraik­an sebagai tapak Ramsar kelima

Konvensyen Ramsar berkuat kuasa di Malaysia pada 10 Mac 1995 dan Sarawak berbangga menjadi sebahagian daripada usaha pemulihara­an global ini.

di Malaysia dengan keluasan 6,610 hektar.

“Konvensyen Ramsar berkuat kuasa di Malaysia pada 10 Mac 1995 dan Sarawak berbangga menjadi sebahagian daripada usaha pemulihara­an global ini.

“Malaysia mempunyai tujuh tapak Ramsar dan Taman Negara Tanah Lembap Kuching disenaraik­an sebagai satu daripadany­a dan yang kelima di Malaysia,” katanya pada Seminar Ramsar Sarawak di sini baru-baru ini.

TambahHamd­en,padaJulai 2010, Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah memperkena­lkan Pelan Pengurusan dan Laporan Akhir Penilaian Pelbagai Disiplin Tapak RamsarTama­n Negara Tanah Lembap Kuching 20112020.

Daripada penilaian ini katanya, terdapat tiga hutan utama di taman ini iaitu hutan bakau, hutan perepat dan hutan kerangas.

Penilaian ini turut merekodkan sebanyak 64 spesies flora, 14 spesies bakau utama, empat spesies bakau kecil dan lima spesies bakau bersekutu, selain turut merekodkan sebanyak 104 spesies burung daripada 41 keluarga.

Hidupan liar utama lain yang terdapat di taman ini ialah monyet proboscis yang disenarai sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabang­sa Pemulihara­an Semula Jadi (IUCN).

Spesies ini turut disenarai di bawah appendix 1 di bawah CITES dan Konvensyen Antarabang­sa Perdaganga­n Spesies Terancam Flora dan Fauna ( CITES) dan terlindung sepenuhnya oleh Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998.

Sehubungan itu, beliau mempelawa i nstitusi penyelidik­an membantu jabatan dalam menjalanka­n kajian ekologikal di taman ini bagi mendapatka­n lebih banyak maklumat mengenai flora dan fauna di kawasan ini.

Dalam pada itu, jabatan kini menurut Hamden juga dalam usaha memulihara kawasan hutan bakau dalam Taman Negara Tanah Lembap Kuching yang didapati rosak.

Bagi tujuan itu jabatan katanya, perlu menanam 100,000 pokok bakau bagi memulihara kira- kira 297 ekar hutan bakau dalam taman ini yang rosak.

Hamden Mohammad Pemangku Pengarah Hutan Sarawak

 ??  ?? KONGSI GANJARAN: Liew (depan sekali) menunjukka­n tanda bagus sambil memegang replika cek bersama Yong (depan, empat kanan) dan para pelanggan bertuah yang turut menunjukka­n cek masing-masing.
KONGSI GANJARAN: Liew (depan sekali) menunjukka­n tanda bagus sambil memegang replika cek bersama Yong (depan, empat kanan) dan para pelanggan bertuah yang turut menunjukka­n cek masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia