Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS Limbang ingin tingkatkan kesedaran umum mengenai kanser

-

LIMBANG: Mencegah l ebih baik daripada merawat, formula terbaik yang diamalkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Limbang dalam memberi kesedaran mengenai cara menangani kanser di peringkat akar umbi.

Pegawai KEMAS Bahagian Limbang Khairul Amree Abdul Rahman berkata, menyedari pentingnya kesedaran menangani penyakit membawa maut itu, pihaknya menjalin kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

“KEMAS berkolabor­atif bersama MAKNA untuk memberi penerangan mengenai penyakit kanser.

“Maklumat ini penting kerana masih terdapat masyarakat yang bersikap endah tak endah mengenai aspek kesihatan terutama berkaitan kanser,” katanya ketika ditemui media selepas Ceramah Kanser bersama MAKNA di Dewan KEMAS di sini, semalam.

Khairul berkata lagi, ceramah berkenaan dapat meningkatk­an kefahaman tentang ancaman penyakit kanser melalui maklumat dan penerangan yang diberikan.

“Mesej penting yang perlu disebarkan melalui ceramah tentang penyakit kanser adalah usaha mencegahny­a, mengesan di peringkat awal dan mendapatka­n rawatan dengan segera sekiranya dikesan menghidapi­nya,” katanya.

Selain ceramah katanya, KEMAS juga proaktif dalam memperheba­t aktiviti kesihatan khusus di luar bandar melalui Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).

“Melalui KOSPEN, KEMAS bekerjasam­a dengan Jabatan Kesihatan untuk memberi penerangan mengenai kesihatan di setiap kampung, sekali gus memastikan masyarakat desa menikmati perkhidmat­an kesihatan lebih baik,” katanya.

 ??  ?? FOKUS: Khairul (duduk kanan) turut mendengar ceramah mengenai kanser oleh pegawai MAKNA di Dewan KEMAS di Limbang, semalam.
FOKUS: Khairul (duduk kanan) turut mendengar ceramah mengenai kanser oleh pegawai MAKNA di Dewan KEMAS di Limbang, semalam.
 ??  ?? SUMBANGAN: Sebahagian ahli pelbagai kelab penunggang motosikal terlibat dalam program tersebut mengangkut barang disumbangk­an kepada mangsa kebakaran.
SUMBANGAN: Sebahagian ahli pelbagai kelab penunggang motosikal terlibat dalam program tersebut mengangkut barang disumbangk­an kepada mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia