Utusan Borneo (Sarawak)

85 pelanggan New Tanjong Seafood terima durian runtuh

-

SIBU: Kira- kira 50 ahli pelbagai kelab penunggang motosikal menghulurk­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Muhibah, Bintangor Ahad lalu.

Kelab- kelab terbabit termasuk Rakan Bikers, LC Crew Sarawak (LCCS), Maradong Motor Club, Sarawak Riders Community Club (SRCC), Borneo Island Big Bike (BIBB), Remaung Borneo Motor Club (RBMC), Free Rider Community ( FMC), 6D Rider, Y15 Sarikei, 96 Section, Lone Ranger Rider, Sibu Extreme Bike Community ( SEBC), Brotherhoo­d of Borneo (BOB) dan Modenas Pulsar Club Sarawak (MPCS).

Program bertemakan ‘ Ride Sambil Menderma’ diketuai dan dikelolaka­n oleh Amran Mohamad Jam dan Chrisroyst­on Bakun Isup daripada LCCS.

Ia bertujuan meringanka­n beban mangsa yang hilang tempat tinggal selepas musnah dalam kebakaran tersebut.

Antara bentuk sumbangan tersebut termasuk wang, pakaian dan makanan kering.

Pada 26 Februari lalu, seramai 34 orang hilang tempat tinggal selepas enam rumah kayu di Kampung Muhibah, Jalan Abang Amin di sini musnah dijilat api.

Kejadian itu turut menjejaska­n empat rumah lain yang mengalami kebakaran kira-kira 50 peratus. MIRI: Seramai 85 pelanggan New Tanjong Seafood di Taman Selera, Tanjung Lobang dekat sini menerima durian runtuh selepas nombor bertuah ‘2726’ memenangi hadiah tempat ketiga dalam cabutan 3 Februari lalu.

Cabutan nombor tersebut bagi siri 955/18 pada hari Sabtu itu dianjurkan New Tanjong Seafood sempena program ‘Magnum Million Ringgit Draw’ di premis restoran makanan laut itu pada 27 Januari lalu.

“Semua pelanggan saya yang datang ke premis New Tanjong Seafood pada 27 Januari itu telah mendaftar secara percuma dan daripada lebih 100 pengunjung yang datang, hanya 85 layak mendaftar untuk program ini,” jelas pemilik premis Yong Swee Tien.

Ketika ditemui Utusan Borneo di sini, semalam, Yong berkata hampir setiap bulan premisnya menyertai program anjuran Magnum Corporatio­n ( Magnum) dan hanya kali ini nasib menyebelah­i beliau dan pelanggann­ya apabila nombor cabutannya ‘2726’ memenangi tempat ketiga yang membawa nilai RM125,500.

Pengurus Wilayah Miri ENE (East Malaysia) Sdn Bhd Liew Kee Chuan berkata, kesemua 85 pelanggan restoran berkenaan yang berdaftar pada 27 Januari lalu layak berkongsi ganjaran tersebut.

M e n u r u t b e l i a u , mengikut perjanjian dan syarat program, hanya 90 peratus wang kemenangan daripada cabutan tersebut dikongsi bersama pelanggan sesebuah premis atau syarikat yang mengambil bahagian dalam program berkenaan, manakala 10 peratus lagi akan disalurkan kepada manamana badan amal terpilih.

“Dalam hal ini, semua 85 pelanggan New Tanjong Seafood yang datang ke premis ini pada 27 Januari lalu dan berdaftar untuk menyertai program berkenaan berkongsi hadiah kemenangan RM112,950 dengan setiap seorang menerima wang tunai RM1,382.82 dalam bentuk cek daripada kami (Magnum),” jelas Liew.

“Manakala baki 10 peratus atau RM12,550 akan diserahkan kepada badan amal yang berdaftar di negara ini dan pemilihan badan amal yang menerima wang ini kelak dilakukan pihak pengurusan tertinggi Magnum di Kuala Lumpur,” katanya.

Liew memberitah­u, sejak 2005, Magnum melancarka­n program ‘Magnum Million RinggitDra­w’dandijempu­tke majlis makan malam dan majlis perkahwina­n yang dianjurkan premis perniagaan, individu atau majlis makan malam pertubuhan.

“Program ini dibuka kepada pengunjung sesuatu majlis atau premis yang mengambil bahagian secara percuma tetapi dengan syarat mereka perlu mempunyai atau menunjukka­n kad pengenalan mereka untuk mendaftar mengikuti program ini dan meninggalk­an nombor telefon bimbit untuk dihubungi,” jelas Liew.

Mereka yang ingin tahu lebih lanjut berhubung program ini termasuk syarikat-syarikat terlibat, boleh melawat laman sesawang www.magnum4d. com.my.

Sementara itu, majlis penyerahan cek telah disempurna­kan di premis Magnum di Jalan Bendahara di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia