Utusan Borneo (Sarawak)

244 pengamal perubatan sertai persidanga­n SUSE di Sibu

-

SIBU: Seramai 244 doktor perubatan, jururawat dan paramedik daripada hospital kerajaan dan swasta termasuk klinik di seluruh negeri menghadiri persidanga­n ‘ Sibu Update on Surgical Emergencie­s’ (SUSE) di Kolej Kejururawa­tan Sibu di sini, petang kelmarin.

Persidanga­n dua hari anjuran Jabatan Pembedahan Hospital Sibu dan Persatuan Pembedahan Sibu itu menerima sambutan menggalakk­an termasuk peserta dari Kuching dan Limbang.

Menurut Pengerusi Persatuan Pembedahan Sibu Dr Chea Chan Hooi yang juga pengerusi pengelola, tujuan persidanga­n itu diadakan adalah untuk mendidik para doktor dan kakitangan penjagaan perdana mengenai pentingnya rawatan segera yang mencukupi sewaktu pembedahan kecemasan umum.

Selain itu tegasnya, ia juga bertujuan mendidik para doktor dan kakitangan penjagaan arus perdana mengenai diagnosis pembedahan kecemasan umum.

“Ia juga menjadi forum yang berfungsi sebagai mekanisme maklum balas bagi pakar bedah untuk memahami defisit umum yang ditemui pada penjagaan primer mengenai pengurusan kecemasan pembedahan,” katanya.

Berikutan sambutan yang menggalakk­an itu, Dr Chea menambah bahawa pihaknya akan mempertimb­ang penganjura­n SUSE sebagai acara tahunan.

Majlis perasmian program disempurna­kan Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung.

Turut hadir Penasihat Persatuan Pembedahan Sibu Dr Ashok Damodaran.

 ??  ?? BERJAYA: Dr Chea (duduk, tengah) dan Dr Ashok (tiga kanan) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa penganjur dan peserta persidanga­n itu.
BERJAYA: Dr Chea (duduk, tengah) dan Dr Ashok (tiga kanan) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa penganjur dan peserta persidanga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia