Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai pemasaran didakwa miliki video dan gambar lucah

-

PETALING JAYA: Seorang pegawai pemasaran didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan memiliki lebih 20 video lucah dalam telefon bimbit dan gambar lucah dalam komputer ribanya, untuk tujuan pengedaran.

M. Ganesh Kumar, 31, yang bekerja di sebuah syarikat minuman mengaku tidak bersalah atas keduadua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

Berdasarka­n kedua-dua pertuduhan, Ganesh Kumar didakwa dalam milikannya sebuah telefon bimbit jenis Samsung Grand yang mengandung­i 23 video lucah dan sebuah komputer riba jenis Lenovo Think Pad, yang mengandung­i gambar lucah bagi tujuan pengedaran.

Dia didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Sg Way, di sini pada 8 pagi, 22 Feb lepas mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy menawarkan wang jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang diwakili peguam Jay Moy Wei Jiun memohon jumlah itu dikurangka­n dengan alasan anak guamnya yang telah dituduh di mahkamah sebelum ini atas dua pertuduhan lain iaitu mengugut dan menghalang penjawat awam, telah memberi kerjasama yang baik termasuk tidak pernah gagal hadir mengikuti prosiding sebutan kesnya itu.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes. — Bernama

Tertuduh pertama (Ang) menyampaik­an maklumat mengenai pergerakan mangsa manakala tertuduh kedua (Lim) telah membuat bom palsu yang disangkut di leher mangsa dengan tujuan membuat rakaman video untuk meminta wang tebusan. Datuk Seri Mariana Yahya Hakim

berbanding tuduhan asal di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang memperuntu­kkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Mariana menambah hukuman ke atas tertuduh perlu mengambil kira peranan yang dimainkan kedua-dua tertuduh selain faktor mereka telah menerima upah atas tugasan yang dilakukan secara rela.

“Tertuduh pertama (Ang) menyampaik­an maklumat mengenai pergerakan mangsa manakala tertuduh kedua (Lim) telah membuat bom palsu yang disangkut di leher mangsa dengan tujuan membuat rakaman video untuk meminta wang tebusan.

“Kedua-dua tertuduh juga menyediaka­n minyak petrol untuk kegunaan mereka yang terlibat, selain terlibat menjaga dan mengawal mangsa serta mengambil wang tebusan,” katanya.

Ang dan Lim didakwa menculik Chin Yoke Choon, 55, pada jam 5.55 petang, 26 Disember 2015 di kawasan tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique, Jalan IM7/1, Bandar Indera Mahkota di sini.

Pertuduhan pilihan itu ditawarkan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan mangsa diculik dengan menggunaka­n kereta jenis Proton Prever yang mempunyai lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mangsa dikurung selama 74 hari di dua lokasi iaitu di Putra Heights dan Taman Bayu Emas, Klang di Selangor sebelum dibebaskan selepas keluargany­a membayar wang tebusan sebanyak RM19 juta dalam mata wang Malaysia dan Singapura.

Pada prosiding itu, peguam S.Parameswar­an yang mewakili kedua- dua tertuduh merayu mahkamah menjatuhka­n hukuman yang sesuai atas alasan pengakuan salah mereka dibuat sebaik sahaja pertuduhan pilihan ditawarkan.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman maksimum kerana kesalahan dilakukan di tempat awam pada waktu siang, yang boleh menimbulka­n kebimbanga­n orang awam.

“Leher mangsa disangkut dengan bom yang hanya diketahui palsu selepas kes selesai. Bayangkan ketakutan dialami mangsa selain wang tebusan yang dibayar keluarga mangsa tidak diperoleh semula,” katanya.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUNG REMAN: Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutka­n tempoh reman lima hari lagi bagi membantu siasatan kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
— Gambar Bernama SAMBUNG REMAN: Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutka­n tempoh reman lima hari lagi bagi membantu siasatan kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia