Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM siasat syarikat GLC disyaki terlibat rasuah RM108.5 juta

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) sedang menyiasat sebuah syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) yang disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa melibatkan lebih AS$27.8 juta (RM108.5 juta).

Menurut sumber, SPRM menerima maklumat terdapat pegawai syarikat itu disyaki bersubahat dengan beberapa kontraktor bagi mengemukak­an tuntutan palsu berkaitan kerja penyelengg­araan kapal-kapal milik GLC berkenaan sedangkan kerja-kerja berkenaaan tidak dilaksanak­an sejak 2010 hingga 2013.

“Oleh yang demikian, SPRM telah menyerbu syarikat-syarikat berkaitan di ibu negara dan di Johor pada 28 Februari lepas dan telah merakam keterangan seramai sembilan saksi termasuk empat pegawai kanan syarikat GLC itu serta merampas beberapa dokumen berkaitan,” kata sumber berkenaan.

Sumber berkata antara dakwaan yang disiasat SPRM ialah tuntutan pembayaran kos pembaikan tangki kapal bernilai AS$ 15.8 juta (RM61.6 juta) pada 2012 sedangkan anggaran awal hanyalah AS$7.9 juta (RM30.8 juta).

Selain itu, terdapat juga dakwaan mengenai kerja penyelengg­araan kapal yang mengalami kerugian sebanyak AS$ 12 juta ( RM46.8 juta) kerana proses pelantikan kontraktor tidak mengikut prosedur perolehan yang ditetapkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n siasatan melibatkan GLC berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia