Utusan Borneo (Sarawak)

Pengajian peringkat asasi secara percuma di TATIUC

-

KUALA LUMPUR: Lima warga tempatan termasuk seorang wanita yang dipercayai anggota sindiket penyeludup­an dadah ditahan manakala pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai RM6.2 juta dirampas dalam operasi selama dua hari bermula Sabtu di Lembah Klang dan Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua suspek yang berusia 28 hingga 48 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Katanya penangkapa­n suspek membawa kepada rampasan dadah seberat 132.8 kilogram merangkumi syabu (43.7kg), ekstasi (53.95kg), heroin ( 31.4kg), ketamin (3.75kg) dan 2,000 biji pil disyaki erimin 5.

“Dadah itu ditemui di dalam rumah dan kereta suspek. Kita (polis) masih siasat berapa lama sindiket ini aktif dalam pengedaran dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohmad berkata bekalan dadah yang dirampas itu dianggarka­n dapat menampung lebih 491,000 pengguna.

“Mereka ini dipercayai ber- giat aktif memasarkan dadah di pasaran tempatan serta negara jiran,” katanya.

Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM66,068 dan enam kenderaan serta sebuah motosikal, seutas rantai emas dan loket.

Kesemua mereka direman selama tujuh hari sehingga 10 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. — Bernama KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menyasarka­n kira-kira 1,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program pengajian peringkat asasi secara percuma di Kolej Universiti TATI (TATIUC) untuk pengambila­n April dan Jun tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah TATIUC Ghazali Taib berkata, yuran program asasi yang bernilai RM10,000 itu diberi secara percuma sebagai inisiatif kerajaan negeri untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM yang berminat mengikuti program pengajian teknikal dan kemahiran tanpa terbeban dengan kos kewangan.

“Tawaran ini pertama kali diperkenal­kan pada tahun ini, pada awalnya kita buka peluang ini untuk anak Terengganu sahaja namun selepas perbincang­an terperinci, kerajaan negeri bersetuju untuk memperluas­kan tawaran itu kepada semua warganegar­a Malaysia dengan syarat mereka perlu menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di TATIUC.

“Kita juga bersedia membuka tawaran secara percuma ini pada masa akan datang sekiranya mendapat sambutan positif,” katanya.

Sejak tahun 2004, TATIUC telah menjalanka­n program pengajian di peringkat asasi bertujuan membolehka­n pelajar menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di mana-mana institusi pengajian tinggi awam/swasta di dalam dan luar negara.

Ghazali yang juga pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri berkata ia adalah program ‘fast-track’ kepada pelajar lepasan SPM untuk mendapat ijazah dalam tempoh lebih singkattan­paperlumen­amatkan pengajian peringkat diploma.

“Setakat ini, TATIUC mempunyai tiga program peringkat asasi iaitu Asasi Sains, Asasi Kejurutera­an dan Asasi Teknologi Maklumat.

“Program-program pengajian ini telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia ( MQA) dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT).

“TATIUC adalah satusatuny­a universiti teknikal yang ada di Terengganu dan kebolehpas­aran graduannya adalah sangat tinggi ditambah pula adanya projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), keperluan untuk mendapatka­n pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang teknikal sangat diperlukan,” katanya.

Sehubungan itu, calon lepasan SPM yang berminat dipelawa membuat permohonan kemasukan pelajar baharu sesi 2018/2019 di laman sesawang www.tatiuc.edu. my atau boleh hubungi talian 098601130 untuk maklumat lanjut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Mohmad Salleh (tiga kiri) menunjukka­n sebahagian dadah yang dirampas bernilai RM6.2 juta ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kajang dekat Kajang, semalam.
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Mohmad Salleh (tiga kiri) menunjukka­n sebahagian dadah yang dirampas bernilai RM6.2 juta ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kajang dekat Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia