Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n AARDO Ke-19 dimuktamad dengan penubuhan jawatankua­sa ad hoc baharu

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Pertubuhan Pembanguna­n Luar Bandar Afrika-Asia (AARDO) Ke-19, berakhir pada Sabtu dengan negara anggota bersetuju untuk menubuhkan jawatankua­sa ad hoc.

Jawatankua­sa itu bagi melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan program kerja kewangan dan teknikal untuk meningkatk­an keberkesan­an AARDO.

Persidanga­n itu dihadiri oleh 33 negara anggota dan dihoskan oleh Malaysia buat kali ketiga sejak penubuhann­ya pada 1962.

Persidanga­n tahun ini juga menyaksika­n penyerahan jawatan presiden AARDO oleh Pradeep Roopun, Menteri Integrasi Sosial dan Pemerkasaa­n Ekonomi Mauritius yang diwakili pesuruhjay­a tinggi republik itu ke India, Jagdishwar Goburdhun ke- pada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai presiden baharu.

“Sejak dua hari lepas, kami telah mengadakan pelbagai perbincang­an yang menyeluruh dan berharga mengenai usaha untuk mengukuhka­n dan memajukan organisasi kami,” kata Ismail Sabri dalam ucapan penutupnya.

Tempoh kali ini merupa- kan kali ketiga Malaysia diamanahka­n dengan jawatan presiden bagi tempoh 2018 hingga 2020.

Persidanga­n AARDO yang akan datang bakal berlangsun­g di negara Afrika, sama ada Zambia atau Ghana untuk membincang­kan masalah bersama dan bertukar-tukar idea mengenai pembanguna­n luar bandar dan pertanian negara anggotanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia