Utusan Borneo (Sarawak)

Penamatan perkhidmat­an TV analog ditunda untuk kelancaran peralihan kepada TV digital

-

LABUAN: Seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar ‘ Datuk Seri’ didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencabul kehormatan pekerjanya pada 22 Disember tahun lepas.

Datuk Seri Peter Kong, 62, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu di sini semalam.

Dia dakwa mencabul kehormatan wanita berusia 23 tahun itu di dalam restoran di sebuah hotel, kira-kira jam 10 malam.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pegawai Pendakwa ASP Hasnan Abidin mengendali­kan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Maijol Mahap.

Hasnanmemo­honmahkama­h mengenakan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin, bagaimanap­un majistret membenarka­n jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes. — Bernama PUTRAJAYA: Malaysia akan menamatkan perkhidmat­an TV analog pada tarikh lain yang ditetapkan kemudian dan bukan 30 Jun tahun ini, demikian diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak semalam.

“Ini untuk memberi lebih banyak masa kepada semua pihak menyediaka­n persekitar­an penyiaran sepenuhnya meliputi penyiar hinggalah kepada anggota masyarakat,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, liputan TV digital Malaysia adalah hampir 85 peratus pada masa ini dan 15 peratus lagi dijangka dicapai tidak lama lagi.

Salleh berkata, walaupun perkhidmat­an analog mungkin ditamatkan tidak lama lagi, kerajaan ingin memastikan bahawa perkhidmat­an itu berjalan lancar dan bahawa setiap isi rumah mempunyai akses kepada saluran percuma sebaik sahaja perkhidmat­an tersebut ditukar kepada perkhidmat­an digital sepenuhnya.

“Kita juga sedang memantau perkembang­an di rantau ini memandangk­an Malaysia bersempada­n dengan empat negara lain iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Keperluan teknikal menjadikan­nya perlu untuk kita bergerak seiring dengan ne- gara-negara jiran kerana rancangan mereka akan memberi kesan kepada penggunaan spektum dan saluran kita di sepanjang kawasan sempadan bersama,” kata beliau.

Menurut Salleh, Singapura telah mengumumka­n bahawa tarikh penamatan perkhidmat­an TV analog mereka telah ditangguhk­an dari akhir Disember tahun lepas (2017) kepada 31 Disember tahun ini.

Beliau berkata, penundaan oleh Malaysia juga akan memudahkan pengaturan teknikal antara kedua-dua negara.

“Memastikan rakyat mempunyai akses kepada maklumat setiap masa adalah matlamat utama kita.

Penangguha­n itu akan memberi kita lebih banyak masa untuk mengurangk­an risiko sesetengah komuniti atau isi rumah yang tidak dapat akses kepada maklumat awam,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia