Utusan Borneo (Sarawak)

Akaun milik individu disalah guna oleh sindiket atau ‘scammer’

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 44 orang individu disyaki menjadi ‘ keldai akaun’ atau ‘mule account’ selepas akaun mereka terlibat dalam kes jenayah siber, dalam Operasi Mule Account Siri 1/2018.

Pengarah JSJK Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, kesemua suspek yang terdiri daripada 17 lelaki dan 27 wanita berumur 21 hingga 27 tahun itu mempunyai rekod kes jenayah siber berulang melebihi lima laporan polis.

“Operasi berkenaan dijalankan serentak di seluruh negara dengan menyasarka­n pemilik akaun yang mempunyai lebih daripada lima laporan polis melibatkan tiga modus operandi jenayah siber iaitu Macau Scam, African Scam dan E-Financial Fraud.

“Kebanyakan pemilik akaun yang ditahan terdiri daripada wanita yang ratarata mempunyai hubungan dengan dalang selain daripada pelajar, suri rumah atau penganggur dan terlibat dalam 319 kertas siasatan jenayah siber membabitka­n kerugian berjumlah RM17.29 juta,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini semalam.

Menurut Amar Singh, keldai akaun merupakan akaun milik individu yang telah disalah guna oleh sindiket atau ‘scammer’ bagi menjalanka­n sebarang transaksi tanpa atau diketahui oleh pemilik.

Ada antara keldai akaun ini diberikan ganjaran dari segi wang dan barangan berharga selain dikaburi dengan ‘hubungan cinta’ oleh dalang utama bagi memujuk mereka memberikan maklumat peribadi bagi tujuan membuka akaun yang dijadikan sebagai transit pemindahan wang dalam kegiatan jenayah siber. Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh Pengarah JSJK

Katanya kebanyakan dalang kegiatan jenayah siber ini adalah warga asing yang memerlukan individu tempatan sebagai ‘ orang tengah’ atau keldai akaun bagi mendapatka­n akaun untuk melakukan transaksi pemindahan wang melaui akaun.

“Ada antara keldai akaun ini diberikan ganjaran dari segi wang dan barangan berharga, selain dikaburi dengan ‘ hubungan cinta’ oleh dalang utama bagi memujuk mereka memberikan maklumat peribadi bagi tujuan membuka akaun yang dijadikan sebagai transit pemindahan wang dalam kegiatan jenayah siber,” katanya.

Amar Singh berkata, semua suspek akan dihadapkan ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. — Bernama

 ?? — Gambar bernama ?? CARA SEMAK: Amar Singh (kiri) menunjukka­n poster portal semakan ‘Mule Account’ kepada pemberita pada sidang media mengenai jenayah siber dan pelancaran Operasi Mule Account Siri Satu 2018 di Menara KPJ, Jalan Tun Razak dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar bernama CARA SEMAK: Amar Singh (kiri) menunjukka­n poster portal semakan ‘Mule Account’ kepada pemberita pada sidang media mengenai jenayah siber dan pelancaran Operasi Mule Account Siri Satu 2018 di Menara KPJ, Jalan Tun Razak dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia