Utusan Borneo (Sarawak)

Kes rogol melibatkan remaja di bawah umur di Pahang membimbang­kan

-

KUANTAN: Jumlah kes rogol yang direkodkan di negeri ini sepanjang tahun lepas meningkat kepada 163 kes berbanding 134 kes pada 2016.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Abdul Rahman berkata, paling membimbang­kan 76 kes melibatkan remaja yang merupakan pelajar sekolah berumur 16 tahun ke bawah.

“Kita perlu ingat walaupun ia merupakan kes suka sama suka, apabila melibatkan pelajar atau remaja berumur 16 tahun ke bawah secara automatik ia merupakan kes rogol, apatah lagi sekiranya dipaksa ataupun menerima ancaman.

“Berdasarka­n rekod, lebih 40 peratus kes rogol ini dilakukan oleh teman lelaki sendiri ,diikuti kenalan 32 peratus dan orang yang tidak dikenali sebanyak lima peratus.

“Bagi perogol yang merupakan ayah kandung dan juga bapa saudara pula sebanyak empat peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Rosli berkata jika sebelum ini kes yang melibatkan golongan pelajar hanyalah buli, kini ia bertambah serius sehingga ada yang terlibat dengan jenayah berat seperti samun, rogol serta pembunuhan.

“Malah polis dan Jabatan Pendidikan juga dapat mengesan kes pengedaran gambar-gambar lucah melalui telefon bimbit dalam kalangan pelajar dan walaupun kes begini adalah kecil, kita tidak pernah memandang ringan.

“Polis akan sentiasa memantau dan mengambil langkah langkah yang perlu bagi membendung gejala tersebut daripada terus menjadi barah di kalangan pelajar,” katanya. — Bernama SIK: Mayat seorang anggota Pejabat PERHILITAN Daerah Sik ditemukan terapung dalam Tasik Beris di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata, mayat Muhammad Nuraiman Hambali Shahibul, 20, dijumpai rakan sekerja mangsa lebih kurang 9.30 pagi sebelum kejadian itu dimaklumka­n kepada pihak polis.

Beliau berkata, berdasarka­n laporan diterima pihaknya mangsa dikatakan hilang sejak Sabtu lepas.

Menurut pengadu yang merupakan Pegawai PERHILITAN Sik, mangsa dikatakan ingin pergi ke Alor Setar untuk membeli keperluan masuk hutan pada 3 Mac, namun beliau tidak pulang sehinggala­h mayatnya ditemukan semalam, katanya dalam satu kenyataan.

Abdull Razak berkata, setibanya di lokasi kejadian itu, pihak polis mendapati mayat berada dalam keadaan tertiarap bersebelah­an sampan dengan jarak lebih kurang 100 meter dari jambatan di tasik itu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n fizikal terhadap mangsa yang berasal dari Perak itu mendapati tiada sebarang kecederaan boleh dikaitkan dengan unsur jenayah, malah wang tunai RM40, kad pengenalan dan lesen memandu serta kad bank milik mangsa juga tidak hilang.

”Polis turut menemui sepasang selipar dan telefon bimbit jenis Samsung dipercayai milik mangsa di tengah jambatan terbabit. Temu bual dengan rakan setugas mangsa mendapati mangsa baharu sahaja bertugas di situ dan tidak mempunyai sebarang masalah atau musuh,” katanya.

Katanya, sehubungan itu pada masa ini kes itu diklasifik­asikan sebagai mati mengejut dengan mangsa dipercayai terjatuh dari jambatan itu ke dalam tasik berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA BARISAN: Rosli (du kiri) memeriksa perbarisan Pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar (SMKAA) sejurus tiba bagi merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SMKAA di Kuantan, semalam. Turut sama Pengetua SMKAA Noor...
— Gambar Bernama PERIKSA BARISAN: Rosli (du kiri) memeriksa perbarisan Pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar (SMKAA) sejurus tiba bagi merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SMKAA di Kuantan, semalam. Turut sama Pengetua SMKAA Noor...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia