Utusan Borneo (Sarawak)

193 bungkusan dadah dipercayai syabu bernilai RM14.1 juta dirampas

-

MELAKA: Polis merampas 193 bungkusan dadah disyaki syabu dengan anggaran berat kira- kira 201.3 kilogram (kg) bernilai RM14.1 juta menerusi dua serbuan di sekitar Ayer Keroh di sini, tiga hari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tiga lelaki tempatan berusia 32, 34 dan 47 tahun yang disyaki anggota pengedaran sindiket dadah itu turut ditahan dalam serbuan di dua lokasi di sekitar Ayer Keroh tersebut antara jam 4 hingga 4.40 petang pada Sabtu lepas (3 Mac).

“Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Ayer Keroh, dua lelaki berusia 32 dan 34 tahun ditahan dan 201.3 kilogram dadah disyaki syabu yang disimpan di dalam be- berapa kotak dan beg dirampas. Dadah tersebut dibalut menggunaka­n pembungkus teh dari China.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu tiada rekod jenayah lampau, namun kedua-duanya positif dadah jenis methamphet­amine,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua JSJN Bukit Aman Datuk Kang Chez Chiang dan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan.

Mengulas lanjut, Mohmad berkata, suspek ketiga berusia 47 tahun pula ditahan di sekitar Ayer Keroh serta tiada rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

Beliau berkata, tiga kenderaan bernilai RM150,000 juga disita serta sejumlah wang tunai dirampas daripada ketiga-tiga anggota sindiket yang ditahan.

Katanya siasatan awal menunjukka­n sindiket dadah itu tiada kaitan dengan sindiket yang ditumpaska­n di Melaka sebelum ini, namun siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah menerusi Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Setakat ini, dipercayai dadah yang dirampas itu dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan dan antarabang­sa serta boleh digunakan satu juta penagih,” katanya.

Sementara itu, Mohmad berkata, sebanyak 28,412 tangkapan berkaitan dadah telah dilakukan melibatkan 26,664 warga tempatan dan 1,748 warga asing di seluruh negara dalam tempoh 1 Jan hingga 1 Mac tahun ini.

Beliau berkata, bagi rampasan dadah jenis sintetik, sebanyak 369.57 kg syabu dirampas dalam tempoh sama, selain ketamin (5.41 kg), pil eramin 5 (47.44 kg), pil yaba (13.19 kg) dan pil ekstasi (8.03 kg), sementara dadah jenis tradisiona­l iaitu ganja (286.22 kg) dan heroin ( 51.62 kg) turut dirampas dengan jumlah bernilai RM30.62 juta.

“JSJN sentiasa memantau dan mengambil tindakan proaktif dalam isu memerangi dadah secara berterusan menerusi siasatan risikan yang profesiona­l dan pelaksanaa­n operasi terancang termasuk bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik ( STING),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mohmad Salleh (tengah) menunjukka­n bungkusan teh yang berisi dadah disyaki jenis syabu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dekat Melaka, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mohmad Salleh (tengah) menunjukka­n bungkusan teh yang berisi dadah disyaki jenis syabu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dekat Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia