Utusan Borneo (Sarawak)

10% warga Malaysia berusia 60 tahun ke atas menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Golongan warga emas yang ditakrifka­n berumur 60 tahun ke atas akan terus meningkat di Malaysia dan dijangka mencapai 10 peratus atau 3.4 juta menjelang 2020.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berkata pada masa itu, Malaysia akan memasuki kategori negara menua mengikut jangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada 2020, tujuh peratus penduduk Malaysia akan berumur 65 tahun dan ke atas, tambah KKM.

“Menyedari fenomena ini, kerajaan telah menggubal Dasar Warga Tua Negara pada 1995 dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara 1999. Dan pada 1997, KKM juga telah menyediaka­n Pelan Tindakan Perkhidmat­an Kesihatan Warga Tua Ne- gara.

“Dasar ini penting untuk memastikan penuaan yang sihat, aktif dan produktif dengan memperkasa­kan warga emas, keluarga dan komuniti dengan pengetahua­n yang terkini, kemahiran dan persekitar­an yang sewajarnya, serta penyediaan perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang optima di semua peringkat dan oleh pelbagai sektor,” kata kementeria­n dalam satu kenyataan semalam di majlis Perasmian Bangunan Kelab Warga Emas di Klinik Kesihatan Tanjung Malim, Perak.

KKM berkata penuaan penduduk adalah satu fenomena universal yang dialami oleh semua negara di dunia dalam kadar yang berbeza.

Ia menerangka­n antara prinsip- prinsip untuk pemberian perkhidmat­an kepada warga emas di Malaysia adalah berdasarka­n kepada prinsip yang diamal Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) dalam menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidaklah hanya tanpa ketiadaan penyakit atau ketidakupa­yaan.

Perasmian bangunan Kelab Warga Emas di Tanjung Malim semalam telah disempurna­kan oleh Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Dr Chen Chaw Min. Ia sebagai inisiatif perlaksana­an Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kerjasama antara Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Ipoh, Perak.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Hassan Merican. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia