Utusan Borneo (Sarawak)

Sikap orang ramai antara faktor pasukan penyelamat lambat menerima panggilan kecemasan

-

LUMUT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) meminta orang awam untuk menghubung­i jabatan itu terlebih dahulu berbanding mengambil gambar sesuatu kejadian bagi memastikan operasi penyelamat­an dapat dijalankan pada kadar segera.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata tindakan orang ramai yang suka mengambil gambar sebelum menghubung­i bomba antara faktor pasukan penyelamat itu lambat menerima panggilan kecemasan dan ia dikesan hasil daripada semakan semula masa panggilan yang diterima apabila berlaku sesuatu kejadian.

“Sebelum ini kita banyak menerima rungutan awam yang (bomba) lambat sampai (ke lokasi kejadian) namun sekarang ini kita mendapati rungutan itu semakin kurang.

“Jika ada rungutan kita akan memeriksa semula rekod dan mendapati ada kelewatan membuat panggilan kepada bomba. Apa-apa pun saya berpuas hati dengan prestasi pegawai bomba secara keseluruha­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaia­n Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun 2017 JBPM Perak di sini, semalam.

Pada majlis itu, lebih 142 anggota bomba menerima penghargaa­n atas sumbangan yang diberikan selain sebagai galakan kepada anggota untuk meningkatk­an prestasi terbaik.

Wan Mohd Nor berkata pihaknya sentiasa menitikber­atkan prestasi anggota dan memastikan masa tindak balas yang cepat pada setiap operasi yang dilakukan dalam menjaga mutu perkhidmat­an pasukan itu.

“Bagi kes yang lewat tiba selepas menerima panggilan itu adalah kerana jarak lokasi yang tidak boleh dielakkan. Seperti kes kebakaran, orang awam yang melihat kejadian itu sepatutnya membantu pemilik terus menghubung­i bomba kerana ada sesetengah mereka yang tidak menyedari kejadian, panik atau trauma,” katanya.

Terdahulu, Wan Mohd Nor menyempurn­akan pemakaian pangkat Penolong Pesuruhjay­a Bomba (Kehormat) kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Pada Majlis Penganuger­ahan Pangkat Kehormat JBPM kepada Datuk Bandar Ipoh itu, Zamri turut di-

Bagi kes yang lewat tiba selepas menerima panggilan itu adalah kerana jarak lokasi yang tidak boleh dielakkan. Seperti kes kebakaran, orang awam yang melihat kejadian itu sepatutnya membantu pemilik terus menghubung­i bomba kerana ada sesetengah mereka yang tidak menyedari kejadian, panik

trauma.” atau Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim Ketua Pengarah JBPM

anugerahka­n pingat Ketua Pengarah Bomba (PKPB).

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Ahmad (dua kanan) merasmikan Kursus Upskilling Pemasaran dan Penanaman Durian Musang King di Institut Latihan FAMA, Port Dickson semalam. Turut hadir Muslim (kanan) dan Mohamad Harun (kiri).
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Ahmad (dua kanan) merasmikan Kursus Upskilling Pemasaran dan Penanaman Durian Musang King di Institut Latihan FAMA, Port Dickson semalam. Turut hadir Muslim (kanan) dan Mohamad Harun (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia