Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bukti kerajaan menekankan kesejahter­aan rakyat

-

KUALA LUMPUR: Isu yang dekat di hati rakyat terutama berhubung kos sara hidup dan program berpaksika­n rakyat akan terus diberi perhatian oleh kerajaan dalam menjamin kesejahter­aan masyarakat, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Seri Paduka bertitah, penekanan kerajaan berhubung perkara itu dapat dilihat melalui penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara baru-baru ini.

“Beta percaya lebih banyak inisiatif akan diperkenal­kan melalui penubuhan majlis itu bagi merangka program bersesuaia­n yang boleh dilaksanak­an segera bagi meringanka­n beban rakyat.

“Peruntukan juga akan terus disediakan bagi melaksanak­an lebih banyak program dan projek berpaksika­n rakyat demi kesejahter­aan mereka,” titah Seri Paduka.

Sultan Muhammad V bertitah demikian pada istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen Ke-13 di sini semalam.

Titah Seri Paduka, walaupun berdepan dengan ketidakten­tuan ekonomi global, kerajaan kekal fokus dan komited melaksanak­an dasar- dasar transforma­si fiskal serta pengurusan ekonomi dan kewangan negara secara berhemat.

Seri Peduka menegaskan bahawa kewangan kerajaan dijangka lebih kukuh, disumbang melalui kutipan hasil lebih tinggi, pertumbuha­n perbelanja­an sederhana dan defisit fiskal yang disasarkan terus berkuranga­n,

Beta percaya lebih banyak inisiatif akan diperkenal­kan melalui penubuhan majlis itu bagi merangka program bersesuaia­n yang boleh dilaksanak­an segera bagi meringanka­n beban rakyat.

selain rizab antarabang­sa kekal kukuh manakala hutang kerajaan persekutua­n terurus dan terkawal.

“Negara juga masih kekal sebagai salah satu destinasi pelaburan pilihan dan dijangka dapat menarik pelaburan lebih tinggi pada 2018. Diharapkan momentum prestasi positif ini dapat dikekalkan.

“Demi masa depan, negara hendaklah terus memperting­katkan usaha kerana mengekalka­n kejayaan adalah lebih sukar daripada mencapainy­a,” titah Seri Paduka.

Sultan Muhammad V turut menyaranka­n kerajaan memastikan semua program dan projek yang dirancang dilaksanak­an dengan mengambil kira cabaran semasa dihadapi negara.

Dalam pada itu, Sultan Muhammad V bertitah, program tranformas­i bagi meningkatk­an kualiti hidup dan kesejahter­aan serta latihan kemahiran dan program keusahawan­an yang berjaya meningkatk­an pendapatan rakyat di luar bandar, Sabah, Sarawak, peneroka FELDA, pekebun kecil RISDA, peserta FELCRA, penduduk kampung tradisi dan masyarakat Orang Asli serta Bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak, akan terus dilaksanak­an.

Selain itu, Seri Paduka juga yakin projek infrastruk­tur pengangkut­an awam yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaa­n akan memberi limpahan ekonomi dan meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat bandar.

Seri Paduka turut mengambil maklum komitmen kerajaan dalam meningkatk­an bidang pendidikan yang merupakan nadi pembanguna­n negara antaranya dengan menambah baik prasarana sekolah selain usaha meningkatk­an kualiti penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat.

Yang di- Pertuan Agong bertitah, kerajaan antara lain akan terus memperkasa­kan usaha membantera­s elemen-elemen kebocoran, penyelewen­gan dan salah guna kuasa dalam tadbir urus pentadbira­n awam sebagai usaha menjadikan Malaysia antara kelompok 20 negara teratas di dunia.

Selain itu, Seri Paduka mengalu-alukan peningkata­n dalam skor Indeks Syariah Malaysia yang merupakan komitmen kerajaan dalam melaksanak­an pentadbira­n negara berdasarka­n peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n yang meletakkan Islam sebagai agama persekutua­n.

“Dalam hal ini, nilai kesederhan­aan yang sentiasa diperjuang­kan Malaysia juga telah mendapat keyakinan dunia apabila resolusi bagi menangkis penyebaran fahaman ekstrimism­e dan redikalisa­si yang dikemukaka­n Malaysia diterima Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” titah Seri Paduka.

Sultan Muhammad V turut melahirkan sukacita dengan pelbagai program dan aktiviti dilaksanak­an kerajaan bagi memperkasa wanita termasuk memastikan 30 peratus daripada mereka berada di peringkat pembuat keputusan.

Dalam pada itu, Seri Padu- ka menyokong cadangan menggubal undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial kerana medium itu amat berpengaru­h dalam membentuk nilai-nilai dan budaya sesuatu masyarakat.

Bagi soal keselamata­n, Seri Paduka menyeru supaya kerajaan terus memperting­katkan tahap kesediaan terutama dalam penguatkua­saan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta membantera­s aktiviti pemerdagan­gan orang.

Seri Paduka juga berharap tiada pihak menjadikan isu keselamata­n negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik.

Sultan Muhammad V turut menggesa semua pihak mengambil langkah-langkah pencegahan dan penguatkua­saan lebih berkesan untuk membantera­s penyalahgu­naan dadah dalam kalangan golongan muda dan pelajar yang kini semakin serius.

Sementara itu, menyifatka­n perpaduan sebagai inti pati kepada keamanan, kesejahter­aan hidup dan kestabilan negara, Seri Paduka mahu supaya penghayata­n warisan sejarah negara dan penguasaan bahasa kebangsaan terus diperkukuh sebagai asas jati diri rakyat Malaysia.

Yang di- Pertuan Agong mengakhiri titah Diraja dengan mendoakan semoga negara Malaysia serta rakyatnya akan terus diberkati oleh Allah, hidup dalam aman, sentosa dan bersatu padu. — Bernama

Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Najib melambai ke arah media selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Najib melambai ke arah media selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Sultan Muhammad V bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Sultan Muhammad V bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia