Utusan Borneo (Sarawak)

Nga Kor Ming didakwa berbohong

-

TAIPING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menegaskan bahawa Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berbohong berhubung apa yang sebenarnya berlaku sehingga menyebabka­n pemimpin pakatan pembangkan­g dihalang berceramah di pentas.

Beliau berkata, pemimpin DAP itu mendakwa program ceramah berkenaan telah diganggu polis dan pemimpin politik setempat dan menurutnya perkara itu tidak akan berlaku sekiranya pakatan pembangkan­g mengikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

“Yang jadi masalah ceramah itu telah mengganggu penduduk tempatan apabila jalan utama ditutup dengan pentas. Saya ada bukti bergambar dari siang lagi mereka tutup jalan dengan memasang kontena di tengah jalan untuk dijadikan pentas yang jelas menyebabka­n lalu lintas terhalang.

“Jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk pergi balik ke rumah dan untuk ke surau,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat ADUN Kamunting, dekat sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Nga dalam sebuah akhbar tempatan semalam bahawa DAP Perak kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menghalang kebebasan bersuara di negara ini berikutan beberapa pimpinan Pakatan Harapan dihalang polis berceramah di atas pentas di Kaki Bukit Jana, Taiping, malam Sabtu lepas.

Nga juga berkata insiden yang berlaku ketika Jelajah Pakatan Harapan itu memaksa beberapa pemimpin mereka berucap di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas tidak diberi kebenaran oleh pihak polis untuk berucap di atas pentas.

Mohammad Zahir yang juga pengerusi Jawatankua­sa Industri, Pelaburan dan Pembanguna­n Koridor Perak berkata DAP perlu memohon maaf kepada penduduk Bukit Jana dengan kesulitan yang mereka hadapi pada malam berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Ton Zalani Mat Darus berkata, pihaknya tidak pernah menghalang parti pembangkan­g untuk mengadakan ceramah tetapi tindakan pembangkan­g memasang pentas di tengah jalan utama telah menimbulka­n kemarahan penduduk.

“Kor Ming jangan buat sewenang-senangnya kerana negara kita ada undang-undang, kenapa tak buat (pentas di tengah jalan) di tempat lain seperti di Pulau Pinang dan jangan tuduh ADUN Kamunting tidak bagi kerjasama,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan dalam sidang media berkata, polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur Ceramah Jelajah Pakatan Harapan kerana menganjurk­an ceramah tanpa permit di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpuna­n Aman (APA) 2012. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia