Utusan Borneo (Sarawak)

Draf akta berita palsu ke kabinet dalam masa terdekat

-

KUALA LUMPUR: Draf akhir akta baharu yang bertujuan menangani penularan berita palsu akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Dalam seminggu dua ini kita akan bawa draf yang akhir itu kepada Kabinet untuk buat penentuan sebelum cadangan akta ini dibawa ke Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen Ke-13, di sini semalam.

Bagaimanap­un, Azalina berkata beberapa faktor perlu dipertimba­ngkan sebelum akta baharu itu dibawa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, termasuk sama ada mempunyai waktu yang mencukupi untuk cadangan akta itu dibentangk­an, dibahas dan diluluskan pada persidanga­n kali ini.

Mesyuarat pertama bagi penggal keenam Dewan Rakyat akan berlangsun­g selama 20 hari.

Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V merasmikan majlis pembukaann­ya semalam dan Ahli Parlimen dijadual bermesyuar­at sehingga 5 April.

Sultan Muhammad V dalam titah perasmian baginda semalam menzahirka­n sokongan terhadap usaha kerajaan menggubal undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial.

Titah Seri Paduka pada masa ini media sosial amat berpengaru­h dalam memben- tuk nilai-nilai dan budaya sesuatu masyarakat, dan semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk mempertaha­nkan budi pekerti dan nilai-nilai baik masyarakat.

Dalam pada itu, Azalina turut menyeru semua Ahli Parlimen agar membahaska­n akta berkenaan secara berhemah serta berteraska­n kepentinga­n mempertaha­nkan kedaulatan Malaysia, apabila ia dibentangk­an kelak.

“Penggubala­n akta baharu ini penting kerana istilah ‘berita palsu’ tidak wujud dalam mana-mana undang-undang di Malaysia ketika ini,” katanya.

Azalina bagaimanap­un enggan mengulas mengenai inti pati akta tersebut dengan alasan ia pramatang untuk berbuat demikian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia