Utusan Borneo (Sarawak)

Keupayaan Firmino jadikan The Reds kembali digeruni

-

LIVERPOOL, England: Mohamed Salah menjaringk­an lebih banyak gol, Sadio Mane mungkin memiliki lebih kepantasan tetapi Roberto Firmino menyatukan mereka bersama untuk membentuk gandingan berbisa di jentera serangan Liverpool yang menjadikan mereka kembali digeruni di Eropah.

Liverpool memulakan perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara dengan menanti kunjungan Porto dengan sebelah kaki sudah melangkah ke suku akhir setelah menang 5-0 pada perlawanan pertama.

Ketiga-tiga penyerang Liverpool menjaringk­an gol pada perlawanan itu, seperti yang sering dilakukan sepanjang musim ini.

Jumlah gol keseluruha­n mereka ialah 68, dengan Firmino menjaringk­an 22 gol dan satu jumlah terbaik beliau dalam satu musim sejak tiba dari Hoffenheim pada 2015.

Bagaimanap­un, pemain antarabang­sa Brazil itu adalah lebih dari seorang penyerang yang menjaringk­an gol. Beliau melakukan umpanan kepada Mane untuk gol kedua ketika menewaskan Newcastle 2-0 dalam Liga Perdana Sabtu lepas untuk umpanan gol ke-13 musim ini.

“Mo Salah, kelas dunia, tetapi bukan setiap hari. Sadio Mane, kelas dunia, tetapi bukan setiap hari. Robrto Firmino, kelas dunia, hampir setiap hari,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp baru-baru ini.

Ia tidak mengejutka­n untuk mendengar pujian menggunung dari Klopp kerana Firmino adalah apa yang Klopp mahu dari pasukannya.

Beliau kelihatan tidak mengenal erti penat ketika cuba memaksa pemain pertahanan keluar dari posisi untuk memberikan ruang kepada Mane dan Salah dan masih mengekalka­n ketenangan apabila beliau sendiri mampu menjaringk­an gol.

“Ya, anda mempunyai Salah dan Mane tetapi Firmino melakukan banyak usaha untuk menjadikan beliau salah seorang penyerang terbaik dalam Liga Perdana,” kata bekas kapten Liverpool, Jamie Carragher. “Beliau pemain hebat.”

Dari permulaan hambar di Anfield, Klopp membentuk F i r m i n o menj a d i p e - main se - d i a ada. Ke- upayaan teknikal beliau sebagai pemain tengah menyerang disokong kecergasan beliau untuk menghasilk­an kelancaran di jentera serangan Liverpool yang kelihatan hampir sukar dihalang. “Dengan Mane, anda mempunyai kepantasan, dengan Firmino anda mempunyai sentuhan ajaib dan kawalan bola dan kemudian dengan Salah, anda memiliki keduaduany­a dan menjaringk­an gol,” kata seorang lagi bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard. “Gabungan ini hebat. Tiada ketamakan dalam pasukan, tiada siapa yang pentingkan diri sendiri. Mereka saling bertukar hantaran.” Malah ia mungkin lebih bagus untuk Firmino pada akhir musim dengan jurulatih kebangsaan Brazil, Tite, juga memuji permainan beliau. Pemain berusia 26 tahun itu sentiasa bermain sebagai sokongan kepada penyerang utama, Neymar, Gabriel Jesus dan Philippe Coutinho sepanjang tempoh singkat Tite. Firmino sebenarnya tidak begitu dikenali di kalangan penyokong Brazil apabila dipanggil kali pertama ke dalam skuad kebangsaan pada 2014 selepas berpindah ke Hoffenheim apabila berusia 18 tahun dan masih kekurangan status bintang berbanding rakan sepasukann­ya yang lain. Bagaimanap­un, Neymar dan Jesus mempunyai masalah kecergasan untuk diturunkan di Brazil dan Tite tidak menolak untuk mengubah corak permainann­ya untuk menyesuaik­an permainan dengan kehadiran Firmino. — AFP BARCELONA, Sepanyol: Barcelona menewaskan pencabar terdekat, Atletico Madrid 1-0 menerusi gol dari satu tendangan percuma cantik Lionel Messi Ahad lepas, sekali gus membolehka­n mereka berkelebih­an lapan mata di singahsana La Liga Sepanyol dan menghampir­i kejuaraan liga buat kali ke-25.

Messi, penjaring terbanyak Barca, menjaringk­an gol tunggal kemenangan dari satu tendangan melepasi dinding pemain dan menerjah jaring pada minit ke-25 untuk gol ke-600 dalam kerjayanya.

Atletico, yang memenangi kejuaraan liga pada 2014 di Nou Camp tetapi belum pernah menang di Nou Camp sejak 2016, boleh merapatkan jurang di belakang Barca kepada dua mata jika menang tetapi jurulatih Atletico, Diego Simeone memilih pendekatan konservati­f.

Cubaan jarak jauh Thomas Partey adalah satu-satu ancaman serius Atletico dan walaupun Simeone melakukan dua pertukaran di jentera serangan, pasukannya tetap gagal menguji penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen.

Kevin Gameiro berjaya menjaringk­an satu gol lewat buat Atletico tetapi gol tidak dibenarkan kerana ofsaid selepas Luis Suarez juga dikesan ofsaid ketika melambung bola pada minit kecederaan.

Barca mengumpul 69 mata dari 27 perlawanan sementara Atletico kekal dengan 61 mata dan Real Madrid di tempat ketiga dengan 54 mata.

“Ia perlawanan yang sengit. Messi seorang pemain yang unik dan jika beliau menyarung jersi kami berbanding Barca, kami mungkin menang,” kata Simeone.

Beliau juga mengakui ia sukar untuk melihat Barca terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan liga dengan jurang mata yang dimiliki.

“Angka tidak menipu dan anda menjangkak­an Barca tidak akan tewas empat atau lima perlawanan lagi tetapi ia lumrah bola sepak dan ia menarik jadi anda tidak akan tahu,” kata beliau.

Atletico membelasah Sevilla 5-2 dan Leganes 4-0 pada dua perlawanan terakhir dan berkunjung ke Nou Camp dengan rekod lapan kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an dan rehat sehari berbanding Barca, yang diikat 1-1 oleh Las Palmas pada perlawanan hari Khamis.

Kedua-dua jurulatih boleh menurunkan skuad terkuat dan jurulatih Barca, Ernesto Valverde memulakan skuad dengan Philippe Coutinho tetapi kehilangan kapten pasukan, Andres Iniesta kerana kecederaan dalam separuh masa pertama dan terpaksa menurunkan Andre Gomes yang sering dikritik.

Apa yang dijangka perlawanan sengit bagaimanap­un tidak berlaku dengan Atletico lebih memberi fokus mengganggu permainan Barca dan mengawal ketat pergerakan Messi.

Mereka lupa tentang keupayaan Messi dari tendangan percuma dan beliau menjadi penentu perlawanan apabila melakukan satu tendangan percuma cantik.

“Mereka tidak mempunyai sebarang peluang serius tetapi anda tidak dapat berasa lega kerana mereka memiliki penyerang hebat. Kami ada sedikit terjejas kerana jika anda mahu menewaskan Atletico Madrid, anda perlu mengharung­inya,” kata Valverde.

“Apa pun, saya bangga dengan cara kami bermain. Pada perlawanan seperti ini sepanjang musim, kami mencapai jangkaan dan kami melakukann­ya sekali lagi hari ini.”

Pada perlawanan lain, Valencia mengukuhka­n kedudukan di tangga keempat selepas menewaskan Real Betis 2- 0 sementara Real Sociedad menewaskan Alaves 2-1 untuk naik ke tangga ke-12 dan Espanyol seri 1-1. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? SENTUHAN HEBAT: Messi (kanan) menjaringk­an gol tunggal perlawanan ketika membantu Barca menewaskan Atletico Madrid pada aksi La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona pada Ahad lepas.
— Gambar AFP SENTUHAN HEBAT: Messi (kanan) menjaringk­an gol tunggal perlawanan ketika membantu Barca menewaskan Atletico Madrid pada aksi La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona pada Ahad lepas.
 ??  ?? FIRMINO
FIRMINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia