Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal mahu elak kekalahan kelima berturut-turut apabila bertandang ke Milan pada aksi Liga Europa

-

BRIGHTON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berkata pasukannya harus bangkit segera jika mahu mengelak kekalahan kelima berturut-turut apabila bertandang ke AC Milan dalam aksi Liga Europa pada minggu ini.

Wenger mengakui memenangi Liga Europa akan membolehka­n mereka kembali beraksi dalam Liga JuaraJuara musim hadapan selepas tewas 1-2 kepada Brighton, menyebabka­n kelabnya kini 13 mata di luar empat tangga teratas liga.

Tetapi Wenger memberi amaran tentang kesan jadual kelab baru-baru ini di mana ia termasuk dua kekalahan 0-3 kepada Manchester City di final Piala Liga Inggeris dan Liga Perdana, memberi kesan kepada pemainnya.

Wenger melihat keletihan sebagai alasan untuk tidak menurunkan Aaron Ramsey, Hector Bellerin dan Danny Welbeck dalam kesebelasa­n utama untuk perlawanan menentang Brighton di Stadium Amex dan beliau berharap keputusann­ya itu bermakna beliau boleh menurunkan pemain yang lebih cergas pada perlawanan di AC Milan.

“Ia penting untuk bangkit dari segi mental dan fizikal, kami masih keletihan hari ini, kami memberikan segalagala­nya Khamis lalu (menentang Manchester City) dan anda boleh melihatnya hari ini,” kata beliau selepas kekalahan kepada Brighton.

“Kami harus meneruskan­nya, pertama sekali mengembali­kan tenaga. Kami bermain pada hari Ahad, Khamis, Ahad, pada hari Ahad, ia hampir mustahil untuk pulih secara fizikal dengan segera.”

Wenger, yang membimbing Arsenal sejak 1996, me-

Ia penting untuk bangkit dari segi mental dan fizikal, kami masih keletihan hari ini, kami memberikan segala- galanya Khamis lalu (menentang Manchester City) dan anda boleh melihatnya hari ini. Arsene Wenger Pengurus Arsenal

nambah: “Saya tidak menyenarai­kan Ramsey dalam skuad perlawanan selepas beliau memberikan segalagala­nya pada perlawanan lalu. Kami harus bersikap realistik, kami perlu dua pasukan untuk hilang rentak secara mendadak untuk layak beraksi dalam Liga Juara-Juara dan saya tidak melihat ia akan berlaku.

“Dua pasukan tercicir begitu banyak mata adalah sukar untuk dibayangka­n. Tetapi kami harus memberikan yang terbaik dan Liga Europa kini menjadi sangat penting.”

Gol dalam separuh masa pertama dari Lewis Dunk dan Glenn Murray meletakkan skuad kendalian Chris Hughton selesa di hadapan sebelum Pierre-Emerick Aubameyang merapatkan kedudukan buat Arsenal.

Wenger mengakui keyakinan pasukannya adalah rendah selepas satu tempoh lapan kekalahan sejak pertukaran tahun dan beliau berkata beliau tidak mahu menambah lagi masalah dengan mengkritik permainan pasukannya di Brighton.

“Ia sukar untuk saya memberikan sebarang penilaian negatif,” jelas beliau. “Pasukan memerlukan lebih banyak sokongan ketika ini.”

Kekalahan menambah tekanan ke atas Wenger tetapi beliau menegaskan beliau mempunyai lebih banyak lagi kebimbanga­n lain.

“Ketika ini, masa depan saya bukan satu masalah utama. Kebimbanga­n saya ialah untuk mengembali­kan rentak kemenangan Arsenal. Dan selepas itu kita akan melangkah dari situ. Saya akan cuba melakukan yang terbaik selagi saya berada di sini.”

Kemenangan membolehka­n Brighton berada tujuh mata di atas zon penyingkir­an dan Hughton berkata: “Ia satu kelegaan dari tekanan selepas mendapat keputusan ini. Ia satu kedudukan yang menarik.

“Saya berharap ia akan mewujudkan lebih banyak keyakinan. Pasukan ini bekerja-keras dan memberikan diri mereka setiap peluang yang ada.”

Hughton menambah: “Tetapi kita semua profe- sional dan esok kita akan memberikan fokus kepada perlawanan seterusnya – bolehkah kami mendapat lebih banyak mata lagi untuk menyenangk­an lagi kedudukan kami?

“Sebaik sahaja anda berasa ia sudah memadai, pasukan di belakang anda bersedia merampas peluang.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HARUS BANGKIT: Wenger jelas kecewa ketika menyaksika­n Brighton menjaringk­an gol kedua pada aksi liga di Stadium The American Express Community, Brighton pada Ahad lepas.
— Gambar AFP HARUS BANGKIT: Wenger jelas kecewa ketika menyaksika­n Brighton menjaringk­an gol kedua pada aksi liga di Stadium The American Express Community, Brighton pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia