Utusan Borneo (Sarawak)

Conte, Buffon beri penghormat­an emosional kepada Astori

-

PARIS, Perancis: Florian Thauvin menjaringk­an gol pada minit kecederaan untuk membolehka­n Marseille mengikat Nantes 1-1 Ahad lepas, sekali gus mengekalka­n mereka lima mata di hadapan Lyon dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara musim hadapan.

Marseille, yang dibimbing Rudi Garcia, mempunyai satu peluang untuk memiliki kelebihan tujuh mata di tangga ketiga – slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara selepas Lyon seri 1-1 di Montpellie­r.

Tetapi Nantes membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi gol Leo Dubois dari umpanan Valentin Rongier.

Ia kelihatan seperti Nantes mampu bertahan sehingga ke wisel penamat sebelum Thauvin menjaringk­an gol penyamaan pada minit kecederaan.

Pemain pertahanan tengah, Nicolas Pallois dikatakan cuba mengawal bola dalam kotak penalti beliau sendiri dan walaupun beliau mungkin dikasari Luiz Gustavo, beliau mengumpan bola kepada Thauvin untuk melakukan penyudah tepat dan gol liga ke-19 beliau musim ini.

Pallois kemudian dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan.

Marseille boleh menganggap diri mereka bernasib baik untuk mengelak kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas 0-3 kepada Paris Saint Germain (PSG) dalam liga dan pertanding­an piala.

“Apabila kami bangkit dalam masa tambahan, kami fikir satu mata boleh diterima walaupun kami beraksi di tempat sendiri,” kata Garcia.

“Dengan satu perlawanan dalam setiap tiga hari, kami tidak tahu bila masalah fizikal memberi kesan. Kami mengikat kedudukan terlalu lewat kerana jika tidak, kami boleh memburu kemenangan.”

Lyon, walaupun belum menang dalam enam perlawanan liga, kekal hanya lima mata di belakang Marseille sementara Nantes kekal di tangga ketujuh.

Lyon, yang dibimbing Bruno Genesio, belum memenangi perlawanan liga sejak menewaskan PSG pada 21 Januaari.

Satu mata untuk Montpellie­r meningkatk­an peluang mereka untuk merampas tangga keenam dari Nantes. Mereka mencipta keputusan seri liga yang ke-13 musim ini.

Montpellie­r membuka jaringan seawal minit ketujuh perlawanan di Stade de la Mosson apabila Isaac Mbenza mencuri ruang di barisan pertahanan Lyon untuk menyempurn­akan hantaran lintang Ruben Aguilar. — AFP ROM, Itali: Antonio Conte jelas kelihatan tergamam dan pemenang Piala Dunia Itali, Gianluigi Buffon, memberikan penghormat­an emosional kepada Davide Astori, yang meninggal dunia pada usia 31 tahun Ahad lepas dengan menggambar­kan rakan senegarany­a itu sebagai “luar biasa” dan “seorang yang “hebat”.

Astori, pemain pertahanan kelab Fiorentina dan juga Itali, ditemui mati dari apa yang disyaki serangan jantung di bilik hotel beliau di Udine, di mana pasukan mereka menginap sebelum jadual perlawanan Serie A Itali menentang Udinese.

Astori meninggalk­an seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Conte, yang membimbing Astori ketika beliau menjadi jurulatih skuad kebangsaan Itali, berkata kematian itu adalah satu “tragedi”.

“Ini adalah satu tragedi dan ia benar-benar menyakitka­n saya. Ia sangat sukar untuk mencari kata- kata ketika ini untuk keluarga beliau,” kata pengurus Chelsea itu sebelum perlawanan Liga Perdana menentang Manchester City Ahad lepas.

“Saya melatih beliau dalam skuad kebangsaan. Beliau seorang pemain yang hebat dan seorang individu yang baik. Saya rapat dengan isteri, ibu bapa dan anak perempuann­ya. Beliau hanya berusia 31 tahun dan ia sangat sukar untuk menjelaska­n apa yang berlaku.”

Buffon, kapten kelab Juventus dan juga Itali, mengelar Astori sebagai “seorang individu yang hebat”.

“Selamat jalan Asto,” tulis Buffon dalam laman sosial Instagram bersama- sama gambar mereka bertukar cenderahat­i sebelum satu perlawanan di antara keduadua kelab.

Buffon berkata beliau tidak biasanya meluahkan perasaan tentang pemain lain.

“Saya mahu membuat pengecuali­an kerana anda mempunyai isteri masih muda dan mereka yang rapat dengan anda terjejas dengan berita ini tetapi yang paling menyedihka­n anak kecil beliau seharusnya tahu ayah beliau seorang yang hebat.”

Perlawanan melibatkan Fiorentina ditangguhk­an pada sebelah pagi. Perlawanan sepak mula awal di antara Genoa dan Cagliari, salah sebuah bekas kelab Astori, dihentikan apabila pemain mendapat tahu berita kematian itu ketika memanas badan dalam padang.

Lima perlawanan Serie A lain yang dijadualka­n pada hari yang sama, termasuk perlawanan berjiran Inter dan AC Milan, juga ditangguhk­an sebagai tanda hormat.

“Fiorentina berasa sangat terkejut kerana terpaksa mengumumka­n kematian kapten pasukan, Davide Astori selepas insiden mengejut,” kata kelab menerusi laman sosial Twittr.

Astori mati kerana “sebab semula jadi” selepas “saluran darah terhenti” – satu jenis serangan jantung – menurut Antonio de Nicolo, seorang magisterat Udine yang dipetik sebagai berkata oleh media Itali.

Magisterat menambah bahawa ia adalah “pelik di mana perkara itu berlaku tanpa sebarang simptom amaran dalam bidang yang dipantau dengan rapat.”

Astori memulakan kerjayanya di AC Milan, selain bermain untuk Cagliari dan Roma sebelum menyertai Fiorentina pada 2015. Beliau bermain sebanyak 14 kali untuk skuad kebangsaan Itali.

Beliau membuat penampilan sulung antarabang­sa di bawah jurulatih Cesare Prandelli pada Mac 2011 sebagai pemain gantian selepas rehat ketika menewaskan Ukraine 2-0 di Kiev sebelum dibuang padang ketika berbaki 17 minit permainan.

Astori menjaringk­an gol tunggal antarabang­sa dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Piala Konfederas­i 2013 menentang Uruguay, memberikan Itali gol pendahulua­n pada perlawanan yang berkesudah­an seri 2-2 sebelum Itali menang menerusi penentuan sepakan penalti. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia