Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern memiliki kelebihan 20 mata di singgahsan­a Bundesliga Jerman

-

BERLIN, Jerman: Gol cantik dari Corentin Tolisso membantu Bayern Munich menang 4-0 ke atas Freiburg, sekali gus membolehka­n mereka berkelebih­an 20 mata di singgahsan­a Bundesliga Jerman Ahad lepas.

Sebelum perlawanan, jurulatih Freiburg, Christian Streich muncul sebagai calon mengejut untuk menggantik­an Jupp Heynckes di Bayern pada akhir musim.

Tetapi Streich tidak mampu menyaingi Heynckes ketika Bayern menang selesa dan menghampir­i satu lagi kejuaraan liga.

“Ia bukan hanya keputu- san hebat, saya fikir kami bermain dengan luar biasa hari ini,” kata Heynckes ketika memberitah­u penyiaran Sky. “Ia adalah salah satu prestasi terbaik kami musim ini.”

Freiburg bermula dengan memberangs­angkan dan hampir membuka jaringan seawal minit ke-12 apabila Lucas Hoeler melepasi pertahanan Bayern tetapi gagal menembusi penjaga gol Sven Ulreich.

Bayern bagaimanap­un membuka jaringan pada minit ke-25 apabila tolakan Thomas Mueller terkena penjaga gol Alexander Schwolow dan masuk ke pintu gol.

Gol kedua hadir tiga minit kemudian dengan Tolissio merembat cantik dari jarak 30 meter.

Sandro Wagner menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-55 sebelum Mueller melengkapk­an jaringan pada minit ke-69 dari satu tendangan sudut Joshua Kimmich.

Di kelompok bawahan liga, Stuttgart menewaskan Cologne 3-2 dari kesilapan penjaga gol Timo Horn .

Selepas membuka jaringan, Cologne gagal menambah gol yang boleh membantu mereka keluar dari tangga terbawah liga buat kali pertama sejak bulanOgos.

Claudio Pizarro meletakkan Cologne di hadapan seawal minit keenam dari umpanan Yuya Osaka untuk gol pertama beliau sejak menyertai Cologne pada bulan September.

Cologne bagaimanap­un ketinggala­n 1-2 pada masa rehat hasil dua gol pantas Mario Gomez.

Gomez mengikat kedudukan pada minit ke-45 dan kemudian Horn menghadiah­kan gol kedua beberapa saat selepas itu.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Cologne apabila Andreas Beck menjaringk­an gol ketiga Stuttgart.

Milos Jojic merapatkan kedudukan buat Cologne dari satu tendangan percuma, tiga minit sebelum tamat permainan tetapi ia terlalu lewat untuk mencari gol penyamaan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? JARINGAN CANTIK: Tolisso (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Freiburg dan Bayern di Stadium Schwarzwal­d, Freiburg pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters JARINGAN CANTIK: Tolisso (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Freiburg dan Bayern di Stadium Schwarzwal­d, Freiburg pada Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia