Utusan Borneo (Sarawak)

Wolfpack tunduk RMP Sarawak, menduduki tangga kedua liga

-

KUCHING: Pasukan Wolfpack berjaya menundukka­n RMP Sarawak (Polis) dengan 99-0 pada aksi Liga Ragbi Kuching berlangsun­g di Padang Kem Muara Tuang Satu Divisyen, Sabtu lalu.

Dengan kemenangan itu, Wolfpack menduduki tangga kedua liga selepas mencatatka­n keputusan dengan satu kemenangan dan satu seri.

Tempat pertama terus dicengkam Kelab Ragbi Kuching (KFRC) Blackcatz mencatatka­n kemenangan kedua menentang UNIMAS Lycans dengan 37-0.

Blackcatz kini selesa dengan kutipan 10 mata meninggalk­an tujuh pasukan lain yang bersaing dalam liga itu.

Manakala Wolfpack mengutip lapan mata, ketinggala­n dua mata di belakang Blackcatz bagaimanap­un diiringi rapat pasukan WORC yang turut berkongsi punggutan mata.

Sementara itu, Blackcatz kini memburu kemenangan ketiga apabila turun menentang UiTM Hunters pada Sabtu ini di Padang Kem Muara Tuang Satu Divisyen bermula jam 2.30 petang.

Manakala Wolfpack pula akan menentang UNIMAS Lycans, jam 4.30 petang di padang yang sama.

Empat pasukan lain menduduki tangga ke em- pat hingga ke lapan ialah KWRC, GB13, UNIMAS Lycans, RMP Sarawak dan UiTM Hunters.

Di Padang Song Kheng Hai minggu ini, WORC menentang GB13 jam 2.30 petang manakala RMP Sarawak melawan Kenyalang Warriors, jam 4.30 petang sebelum berhenti seketika pada 18 Mac untuk memberi laluan Mukah 10s.

Liga itu merupakan anjuran Persatuan Ragbi Bahagian Kuching diadakan setiap Sabtu dan dijangka tamat pada 21 April ini.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM2,500, naib juara RM1,000 dan tempat ketiga RM500.

 ??  ?? AKSI MENARIK: Pemain Wolfpack, Felexion Lengai (hadapan) melihat rakan pasukannya, Ronald Sulau gigih melepasi bentang lawan semasa menentang RMP Sarawak, Sabtu lalu.
AKSI MENARIK: Pemain Wolfpack, Felexion Lengai (hadapan) melihat rakan pasukannya, Ronald Sulau gigih melepasi bentang lawan semasa menentang RMP Sarawak, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia