Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen silat Sarawak sasarkan membawa pulang dua pingat emas

-

KUCHING: Kontinjen silat Sarawak menyasarka­n membawa pulang dua pingat emas sempena Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri Pertama 2018 di Negeri Sembilan pada 8 hingga 10 Mac ini.

Pada karnival itu, Sarawak menghantar lima pesilat bagi menggalas cabaran tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong selaku Timbalan Presiden Rumpun Silat Sarawak ( RSS), Fazzrudin Abdul Rahman berkata ini merupakan julung kali Sarawak menampilka­n pesilat remaja mewakili negeri ke karnival itu.

Namun, beliau optimis pesilat Sarawak mampu mengutip sekurang-kurangnya dua pingat emas pada karnival itu nanti.

“Saya yakin dengan bakat sedia ada, walaupun ini kali pertama mereka bertanding di peringkat ini.

“Melihat kepada keupayaan dan kemahiran pesilat mereka mampu memberi saingan sengit kepada peserta lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kontinjen Sarawak dibarisi Mohd Rathaludin Hamdi selaku jurularih, Amirulizud­in Samit,14, bagi kelas I putra, Mohd Eizrin Mohd Hasromia, 15, kelas B putra dan Wishal Waridi Hilmi Ashaari, 14, kelas J putra.

Dua pesilat wanita dibarisi Sabarina Abdullah, 14, kelas A putri dan Nurul Rasyiqah Alwani Mohd Rathaluddi­n, 15, kelas E putri.

Fazzrudin turut menyempurn­akan majlis penyerahan bendera Sarawak kepada kontinjen silat negeri bakal mengharumk­an nama Bumi Kenyalang pada karnival itu nanti.

Hadir sama pada majlis penyerahan bendera itu Timbalan Pengerusi RSS Wilayah Kuching, Barahim Obeng.

 ??  ?? SELAMAT BERJUANG: Fazzrudin (tiga kiri) bersama barisan pesilat Sarawak bakal bersaing pada Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri Pertama 2018 di Negeri Sembilan.
SELAMAT BERJUANG: Fazzrudin (tiga kiri) bersama barisan pesilat Sarawak bakal bersaing pada Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri Pertama 2018 di Negeri Sembilan.
 ??  ?? BURU KEJUARAAN: Rosmazaidi (belakang, tengah) bersama pasukannya, SMS FC merangkul gelaran juara Liga Perlawanan Persahabat­an Kuching Siri 2017/2018 Edisi Ke-3 tahun ini.
BURU KEJUARAAN: Rosmazaidi (belakang, tengah) bersama pasukannya, SMS FC merangkul gelaran juara Liga Perlawanan Persahabat­an Kuching Siri 2017/2018 Edisi Ke-3 tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia