Utusan Borneo (Sarawak)

SMS FC memburu gelaran juara Liga Juara-juara Super Sunday

-

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SMS FC kini memburu gelaran juara Liga Juara-juara Super Sunday 2018 (LJSS) edisi kedua bakal berlangsun­g April depan.

Pasukan dibimbing Rosmazaidi Zaidi Ismail itu optimis dengan pencapaian cemerlang dan prestasi baik anak-anak buahnya mampu menjulang piala juara LJSS 2018 nanti.

Malah, dengan rekod kejuaraan Liga Perlawanan Persahabat­an Kuching (KFML) Siri 2017/2018 Edisi Ke-3 lalu, beliau yakin pasukannya mampu memberi saingan kepada pasukan lain.

“Alhamdulli­lah... tamat sudah KFML Edisi Ke-3 yang mana kita, SMS FC berjaya melangkar kejuaraan kali ini.

“Misi kita seterusnya, untuk tahun ini kita memburu gelaran juara LJSS 2018 Edisi Ke-2 yang disertai 16 pasukan terbaik dari sekitar Bahagian Kuching dan Samarahan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Antara 16 pasukan bakal berentap pada LJSS 2018 ialah SMS FC, Warrez FT, Phoenix UTD, TSM UTD, Kopit FC, Harmony FC, Hajiba FC, Kamsta FC, Lanoon FC (SSCL), DJB FT, Petra Jaya FC, RNB UTD, KLMJ FC, Fuerza FC, FC Fortey dan KHB Plus.

Selain itu, Rosmazaidi berkata beliau turut merancang mendaftark­an pasukannya dengan Kelab Belia dan Su- kan.

“Ini penting untuk pasukan kita agar mereka dapat menyertai Lika K anjuran Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS),” tambahnya.

Pada masa sama, beliau menjelaska­n pasukan itu menyertai lebih banyak kejohanan bola sepak sekitar Kuching dan Samarahan.

“Kita mahu pemain-pemain kita terus diberi latihan dan pendedahan dan membaiki mutu permainan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia