Utusan Borneo (Sarawak)

Slot Golden Dragon TV2 siar ‘Infernal Affairs’ lakonan mantap Andy Lau & Tony Leung

-

IKUTI kisah penyiasata­n dan pertarunga­n antara polis dengan kumpulan kongsi gelap dalam ‘Infernal Affairs’ mengisi slot Golden Dragon bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), pada 8 Mac ini, jam 9.30 malam di TV2.

Filem berdurasi 2 jam 30 minit ini menampilka­n barisan pelakon hebat seperti Andy Lau, Tony Leung, Anthony Wong, Eric Tsang dan ramai lagi.

Mengetenga­hkan kisah dua orang perisik yang dilatih untuk mencungkil maklumat daripada pasukan polis dan kumpulan kongsi gelap yang paling berpengaru­h.

Chan Wing-yan, anggota polis yang ditugaskan untuk menjadi perisik dalam kumpulan kongsi gelap yang diketuai Hon Sam manakala Lau Kim Ming seorang perisik dalam pasukan polis.

Chan akan menyalurka­n maklumat tentang kumpulan kongsi gelap dan Lau akan berbuat sebaliknya.

Sementara itu, Superinten­dent Wong Chi-sing dan pasukannya berjaya menggagalk­an urusan jual beli dadah Hon Sam dengan pengedar dari Thailand selepas menerima maklumat dari Chan.

Namun Lau juga sempat memberi amaran kepada Hon Sam.

Selepas insiden itu, Wong dan Hon masingmasi­ng mengesyaki terdapat musuh dalam selimut dalam pasukan mereka. Mereka mula menyiasat identiti pembelot itu.

Lau ditugaskan untuk mencari perisik dalam pasukan polis. Chan ternampak Hon sedang berbual dengan Lau tetapi dia tidak dapat melihat dengan jelas. Dia cuba mengekori Lau untuk memastikan identitiny­a, namun dia terhenti kerana panggilan telefon.

Kedua-dua mereka semakin tertekan untuk merahsiaka­n identiti masing-masing.

Apakah yang akan dilakukan oleh Chan dan Lau untuk menyelamat­kan diri mereka? Adakah identiti mereka sebagai perisik akan terbongkar? Saksikan kesudahan filem yang sarat dengan aksi ini hanya di TV2.

 ??  ?? MENARIK: Babak dalam Infernal Affairs.
MENARIK: Babak dalam Infernal Affairs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia