Utusan Borneo (Sarawak)

Duterte akan langkau sidang kemuncak serantau di Australia

-

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan menyertai sidang kemuncak serantau di Australia pada bulan ini, menurut jurucakapn­ya semalam, ketika beliau berdepan dengan kritikan antarabang­sa bagi perang dadah berbahaya di Manila.

Keputusan Duterte untuk menolak mesyuarat muncul selepas beliau menyatakan beliau tidak akan bekerjasam­a dengan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat pembunuhan tanpa kehakiman semasa serangan narkotik, yang telah menyebabka­n ribuan orang terkorban.

Namun jurucakap beliau, Harry Roque, telah mengesahka­n bahawa pemimpin yang lantang bersuara ini tidak akan menyertai para pemimpin lain ASEAN pada sidang kemuncak pada 17-18 Mac di Sydney.

“Perkembang­an di negara berterusan memerlukan kehadiran presiden di Filipina,” Roque memberitah­u wartawan.

Australia adalah antara beberapa negara yang menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai angka kematian akibat perang antidadah di Filipina semasa satu mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva pada tahun lepas.

Duterte telah dilantik pada 2016 dengan janji akan membantera­s dadah dan melancarka­n kempen yang tidak dijangkaka­n yang menurut polis telah membunuh lebih 4,100 suspek dadah yang melawan ketika ditahan.

Bagaimanap­un kumpulan hak asasi menganggar­kan terdapat lebih 12,000 kematian secara keseluruha­nnya, termasuk orang yang dibunuh oleh kumpulan pengawal sukarela.

Duterte, yang pada minggu lepas memberitah­u anggota polis dan tentera agar tidak bekerjasam­a dengan mana-mana siasatan, turut berdepan satu pemeriksaa­n awal oleh Mahkamah Jenayah Antarabang­sa bagi pembunuhan tanpa kehakiman yang dinyatakan.

Roque berkata Duterte akan menghantar Setiausaha Hal Ehwal Asing Alan Peter Cayetano sebagai wakilnya ke sidang kemuncak tersebut, sementara presiden menghadiri majlis graduasi di Akademi Tentera Filipina.

Duterte merancang untuk menggunaka­n acara tersebut bagi bercakap dengan pegawai muda mengenai perjuangan menentang “keganasan zaman moden” di samping beberapa topik lain, tambah Roque.

Duterte bukan satu-satunya pemimpin ASEAN yang dikritik kerana rekod hak asasinya.

Pada bulan lepas, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen telah mengumumka­n akan “memalukan” Australia dan menghalang pengeluara­n kenyataan bersama ketika persidanga­n Mac ini sekiranya beliau berdepan tekanan mengenai satu serangan politik di negaranya.

Pemimpin itu telah dikecam oleh negara Barat kerana mengambil tindakan terhadap demokrasi Kemboja sejak beberapa bulan ini dengan memansuhka­n parti utama pembangkan­g, menutup syarikat media bebas dan menghumban pengkritik ke mahkamah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia