Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut salji sangat kuat landa Ireland, tiga maut

-

DUBLIN: Dua orang lagi meninggal dunia, membawa kepada jumlah keseluruha­n kematian kepada tiga orang sejak Ireland dilanda ribut salji yang sangat kuat pada seminggu lepas, lapor agensi berita Xinhua di China semalam.

Menurut laporan media tempatan, seorang lelaki dalam usia 30- an meninggal dunia dalam nahas jalan raya di wilayah timur Meath ketika seorang wanita berusia 83 tahun meninggal dunia dalam kebakaran rumah di bahagian tengah Longford kelmarin.

Kedua- dua punca kematian tidak dinyatakan namun penangguha­n dalam usaha menyelamat disebabkan tidak dapat memasuki banyak tempat akibat salji tebal mungkin merupakan satu faktor penyumbang, di samping keadaan jalan raya yang licin.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas atau lilin kerana ketiadaan bekalan elektrik secara besar-besaran berpunca daripada angin taufan, menurut laporan.

Pada Sabtu lepas, seorang lelaki dalam usia 80- an maut selepas keretanya merempuh tembok di tepi jalan di wilayah barat tengah Roscommon di negara ini.

Pihak berkuasa pengangkut­an tempatan memberi amaran bahawa pemanduan di atas jalan raya masih lagi berbahaya walaupun ribut salji telah berhenti sejak pagi Sabtu.

Met Eireann dari Jabatan Meteorolog­i Ireland memberi amaran kemungkina­n banjir ketika salji yang hancur dan ais terkumpul selama beberapa hari lepas akan membawa kepada peningkata­n paras air.

Penimbunan salji yang banyak telah ditinggalk­an di beberapa bahagian di negara ini selepas penurunan salji tebal selama tiga hari berturut-turut bermula pada Rabu lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia